11street (www.11street.my) hari ini mengumumkan pelancaran kempen beli-belah global dalam talian – ‘Shop The World’ yang menyediakan jutaan produk berjenama antarabangsa, khususnya dari negara-negara seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) kepada para pelanggan di negara ini.
Kempen ‘Shop The World’ datang dengan bonus membeli-belah dalam bentuk baucar petrol. Sejajar dengan peningkatan harga minyak, 11street mempertingkatkan usaha dengan menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100 bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen ‘Shop The World’.
Sebagai penutup, Wong berkata: “Ini merupakan satu cara bagi kami menghargai pelanggan di atas sokongan mereka terhadap 11street. Sebenarnya, kempen ‘Shop The World’ ini hanyalah satu permulaan terhadap rancangan lain yang disediakan untuk pelanggan platform ini. Kami mahukan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah global yang sebenar. Tidak lama lagi, para pelanggan kami akan menyedari betapa kecilnya dunia apabila mereka membuat pembelian di 11street, khususnya apabila kami terus berusaha untuk mempertingkatkan kepelbagaian pilihan produk dan inventori jenama global yang ditawarkan.”
Kempen ‘Shop The World’ berlangsung dari 11 Mac hingga 18 April 2017, menyediakan pelbagai tawaran menarik yang boleh dinikmati pelanggan bagi musim perayaan akan datang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen ‘Shop The World’ di 11street, sila layari http://bit.ly/shoptheworld11street.