Siapalah yang tidak ada destinasi impian untuk pergi bersama insan tersayang kan?
Namun faktor kewangan kini yang paling berat untuk difikirkan pada pasangan yang baharu sahaja ingin mendirikan rumah tangga. Itu ini semuanya kena ada wang dahulu! Dalam hati teringin hendak bercuti bersama suami/isteri acah-acah seperti Rozita Che Wan sekeluarga.
Boleh, siapa kata tak boleh? Anda dan bakal suami/isteri seharusnya berbincang sebelum majlis perkahwinan atau masukkan sekali bajet bulan madu anda didalam senarai tersebut. Buat perjanjian untuk sama-sama mengumpul wang untuk destinasi bulan anda.
Tak perlu lah berbulan madu hingga ke Eropah atau pulau Maldives yang jelas menelan belanja lebih dari hari perkahwinan anda.
Wanista beri 5 idea pilihan destinasi bulan madu luar negara yang anda dan pasangan dah boleh mula kumpul duit!
#1 Bali, Indonesia
Mata wang Rupiah yang jauh lebih rendah dari Ringgit menjadikan Bali diantara top destinasi bulan madu untuk rakyat Malaysia. Bila dengar Bali, pasti anda terbayang laut biru dan pantai dengan pasir putih. Jangan cliche sangat, Bali juga mempunyai tarikan tanah tinggi dan pemandangan gunung berapi yang sangat cantik. Jadi rajin-rajin kan membuat carian tentang Bali!
#2 Hanoi, Vietnam
Sebut Vietnam mesti anda terbayang bandar sesak Ho Chi Minh. Ish, bandar itu memang tidak sesuai langsung untuk dijadikan spot honeymoon, tiada privasi! Penulis memilih Hanoi yang terletak diutara Vietnam, ia sebuah wilayah dengan cuaca dan suhu yang menyamankan. Tarikan utaman Hanoi ialah rekabentuk bangunan dari zaman kolonial Perancis. Jadi tak perlu ke Perancis jika nak feeling ala Paris, cuaca disana pun selesa nak bersiar-siar. Fakta menarik dari TripAdvisor, Hanoi antara destinasi antarabangsa paling berpatutan!
#3 Chiang Mai, Thailand
Cukup cukup lah pada zaman bujang anda ke Phuket atau Krabi. Apa kata kali ini beralih ke wilayah utara Thailand, Chiang Mai. Destinasi ini antara tercantik di Thailand sebagai lokasi bulan madu, ia masih menyimpan kehijauan alam dan pemandangan indah bukit-bukau. Anda dan pasangan boleh berkongsi keindahan alam pada hari-hari bulan madu. Romantis gaya baru!
#4 Shanghai, China
Bagi anda yang sukakan cabaran tapi tidak mahu keterlaluan dan sukakan pencakar langit nan indah dengan lampu gemerlapan. Penulis memilih bandar Shanghai sebagai lokasi bulan madu untuk pasangan yang sukakan ala moden. Walau terkenal dengan arus permodenannya, ia masih mengekalkan seni bangunan zaman dahulu kala. Anda boleh menyimpan kenangan bulan madu dalam dua bentuk ala moden dan juga ala klasik. Jangan lupa bawa kamera ya!
#5 Pulau Jeju, Korea Selatan
Pada anda dan pasangan yang mempunyai ‘cita-cita tinggi’, penulis sediakan satu destinasi istimewa di negara romantis Asia iaitu Korea Selatan. Pulau Jeju bukan sekadar pulau yang menyajikan pemandangan indah lautan luas malah ia mempunyai lokasi pengambaraan yang menarik untuk anda menyimpan memori istimewa bersama tersayang. Waktu terbaik untuk ke Jeju pada musim bunga antara bulan April hingga awal Jun.
Bukanlah penulis tidak mencadangkan untuk berbulan madu di dalam negara, cuma apa kata kali ini beri sedikit kelainan dan cabaran pada diri sendiri dan juga pasangan untuk sama-sama meredah cabaran dan pengalaman kembara ke negara orang. Jangan beri alasan tiada duit, mulakan menabung bersama pasangan anda. Tiada apa yang mustahil jika lakukannya bersama-sama.
Penulis pula rasa tak sabar nak honeymoon! 😛