Berita & Isu Semasa, Kecantikan

Viral! Teknik ‘V-Shape’ Yatie Sendayu Tinggi Masuk Laman Huda Beauty & Daily Mail

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Viral! Teknik ‘V-Shape’ Yatie Sendayu Tinggi Masuk Laman Huda Beauty & Daily Mail

Rahsia-rahsia kecantikan kini sudah tidak menjadi rahsia apabila internet sudah membatasi sempadan dunia. 

Jenama kecantikan dan solekan Sendayu Tinggi sudah lazim kedengaran di negara kita. Ia diantara jenama kecantikan tempatan yang dipercayai dan menjadi pilihan wanita Malaysia. 

Yatie, pemilik Sendayu Tinggi tidak lokek berkongsi teknik-teknik solekan dan rahsia kecantikan beliau di laman Instagramnya. 

IKLAN

Baru-baru ini beliau telah berkongsi produk dan teknik beliau mendapatkan muka runcing atau ‘V Shape’ dan membuang dagu berlapis dengan menggunakan dua produk dari Sendayu Tinggi iaitu Collagen Facial Spray dan Shaping Gel Shaping Gel.

Menariknya, video tersebut dikongsi semula oleh Huda Kattan iaitu pengasas Huda Beauty yang mempunyai lebih dari 18 juta pengikut di laman Instagramnya. 

Ternyata Yatie sangat terkejut dengan berita tersebut dan berkongsi tentang terdapat permintaan dan belian dari luar negara. 

IKLAN
Foto – Instagram Huda Beauty

Jumlah tonton video di laman Instgaram Huda Beauty sehingga kini mencecah 1 juta tontonan. Malah Huda juga ingin mencuba produk dari Sendayu Tinggi bagi mendapatkan dagu dan bentuk muka yang runcing. Siapa tak nak kan? 

Tak cukup dengan itu, Yatie terpaksa pula berdepan dengan penangan dari tabloid nombor satu United Kingdom iaitu Daily Mail yang juga tertarik dengan video beliau. 

Yatie sendiri menjelaskan beliau juga terkejut mendapat email dari pihak Daily Mail dan sangat menghargai mereka kerana tidak ramai Youtuber dari Malaysia dikenali dunia. 

Penulis sendiri rasa bangga dan seronok bila jenama tempatan kita dapat dikenali ramai diluar negara. 

Apa yang boleh dicontohi dari Pengarah Urusan Sendayu Tinggi ini, beliau masih lagi merendah diri dan yang paling penting tak lokek dalam berkongsi ilmu kecantikan. 

P/s: Penulis pun pakai produk Sendayu Tinggi! 

SUMBER 1 &