Belum masuk umur 30 tapi kulit dah macam orang umur 40!
Stress kan bila ramai salah teka umur, kalau teka lagi muda takpelah, ini di tekanya 5 10 tahun tua dari usia sebenar. Ini semua sebab garis-garis halus dan kedutan di kulit muka. Bukan itu sahaja wajah kusam tak bermaya juga menjadi punca ada rasa kurang berkeyakinan. Bila bersolek pun tak naik seri dari solekan, rasa macam membazir wang dan masa pula
Apakah semua ini? Pada yang masih tercari-cari sebab kulit berkedut dalam usia muda dan cara mengatasinya atau rawatan. Ikuti artikel ringkas dari Wanista.
Punca..
1.Keadaan sekeliling seperti cuaca, suhu, udara mempengaruhi kesihatan dan keadaan kulit kita. Antara faktor paling utama kulit berkedut ialah dari sinaran UV dan inframerah matahari. Jika anda kerap terdedah dengan cahaya matahari ia merosakkan hubungan tisu – kolagen dan gentian elastik yang terletak di lapisan kulit paling dalam (dermis).
2.Tabiat ekspresi muka seperti senyum atau berkerut boleh menimbulkan garisan atau kedutan yang jelas pada muka. Setiap kali anda mengekspresi wajah, otot muka bergerak dan meninggalkan kesan pada struktur kulit. Faktor usia juga menyebabkan kulit tidak dapat kembali bentuk yang sama.
Cara mengatasi…
1.Secara dalaman anda boleh mengamalkan pemakanan dari buah-buahan yang tinggi anti-oksidan dan pengambilan kolagen. Anda juga dinasihati memperbanyakkan minum air putih untuk kekal hidrasi.
2.Secara luaran anda boleh mencuba masker telur*klik sini*yang dipercayai mengurangkan kedutan dan garis halus. Bagi anda yang tidak punya masa untuk menyediakan masker sendiri, lebih muda anda mengamalkan sapuan minyak pati.
Wanista mengesyorkan anda menggunakan sapuan minyak pati kerana ia lebih memudahkan, dipercayai dan memberi hasil yang terbaik. Ini 3 minyak pati yang patut cuba…
Estelle & Thild Super Bioactive Repairing Oil Complex
Mengandungi Marine Microalgae sumber semulajadi anti-oksida yang membantu memperbaiki kulit yang stress dan kusam. Ekstra dari Microalgae dipercayai 550 kali lebih tinggi dari Vitamin E. Minyak dari Estelle & Thild Super Bioactive Repairing Oil Complex bisa melembabkan dan melindungi kulit dari ancaman yang menghasilkan kedutan dan garis kulit. Ia menganjalkan dan mengurangkan tanda-tanda penenuaan. Dapatkannya DISINI.
Cover FX Custom Infusion Drops A+ Jasmine
Minyak pelbagai guna dari Cover FX boleh dijadikan sebagai primer, pelembab, serum atau sebagai asas sebelum bersolek. Cover FX juga mempunyai banyak lagi pilihan dalam Custom Infusion Drops tapi penulis memilih dari A+ Jasmine kerana ia diperkaya dengan Vitamin A dan minyak jasmin yang bagus dalam mengurangkan kedutan dan menghidrasi kulit. Dapatkannya DISINI.
Minyak Argan Emas iFlawless
Minyak Argan telah digunakan oleh Morocco sejak berabad lalu, ia mengandungi nutrisi semulajadi Vitamin E, Vitamin A, Omega 6 dan 9 Asid Lemak Tak tepu untuk memerangi radikal bebas punca kulit kering, kusam dan timbul garis halus, menghasilkan kelembapan kulit dan bertindak sebagai antipenuaan. Ia juga boleh dipelbagai guna sebagai pelembab, serum, primer solekan dan mengatasi bibir kering. Dapatkannya DISINI.
Jom kita sama-sama atasinya dan kekal awet muda!