Cinta & Perhubungan, Fesyen

Karakter Disebalik Wanita Berambut Pendek, Hanya Fesyen Atau Berani?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Karakter Disebalik Wanita Berambut Pendek, Hanya Fesyen Atau Berani?

‘Perempuan kena lah rambut panjang!’

IKLAN

Panjang atau pendek biarlah si pemilik rambut yang membuat keputusan. Disebalik budaya kita yang memberi penilaian wanita yang cantik dan ayu pada dia yang memilik rambut panjang mengurai. Itu dah lapuk lah, sekarang perempuan juga ingin mencari keselesaan dan mencuba sesuatu yang baharu.

Namun masih ada juga yang melabelkan wanita yang berambut pendek sosok seperti lelaki,’tomboy’ dan berperangai kasar. Iya benar penampilan merupakan watak pertama yang ditonjolkan pada orang yang baru kita jumpa tapi watak utama kita setelah mereka mengenali kita yang sebenarnya. Don’t judge a book by its cover~

Stacy antara selebriti wanita Malaysia berambut pendek. Foto – Google Images

Secara peribadi, penulis sejak zaman kanak-kanak sehinggalah remaja menjadikan rambut pendek sebagai gaya pilihan. Paling panjang pernah penulis simpan pun hanya mencecah bawah leher. Berambut pendek memang selesa, mudah digayakan dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos.

Tahukah anda apa yang maksud tersirat sebenar wanita yang membawa imej ini? Dan adakah anda juga seperti mereka?

TIDAK SUKA PERKARA REMEH 

Rambut pendek kini gaya pilihan Fasha Sandha. Foto – Instagram Fasha Sandha

Anda bukan mahu lari dari masalah atau malas, anda langsung tidak punyai masa untuk meletakkan diri anda dalam memikirkan tentang perkara kecil atau remeh. Banyak lagi perkara yang lebih penting dan bertentang dengan itu yang perlu anda kejarkan. Jadi buang masa di salon bukan hobi anda! 

INGIN MOVE ON

Katy Perry. Foto – eonline.com

Lepaskan yang lama pergi. Dari gaya rambut sahaja ia boleh menceritakan kisah hidup anda. Perasan atau tidak banyak muzik video memasukkan bab memotong rambut jika wanita itu ingin menempuh hidup baru. Contoh muzik video Katy Perry dalam Part of Me. Ternyata kini dia mengambil langkah yang sama dalam realiti selepas memutuskan hubungan dengan bekas kekasih, Orlando Bloom. Anda tidak mahu membawa sesuatu yang lama dan lapuk bersama, jadi keputusan memotongnya tanda anda bersedia menunggu cerita yang baharu. 

TANGKAS DALAM MENYELESAIKAN TUGAS

Zendaya. Foto – Getty Images

Siapa sahaja yang berambut pendek kebiasaanya memang cepat bersiap. Anda inginkan sesuatu yang tangkas, apa sahaja yang dibuat perlu cepat, tepat dan benar. Benarlah perkara remeh yang melambatkan perjalanan hidup anda anda letakkan ketepi. Setiap keputusan yang dibuat tidak pernah untuk dilengah-lengah, kerana anda bijak mengatur masa untuk bergerak maju. 

IKLAN

SENTIASA POSITIF

Ga In. Foto – hellokpop.com

Lantaklah orang nak kata apa! Cakap cakap orang bukanlah memberi matlamat dalam hidup anda. Ini baru setakat rambut pendek, mereka belum lagi tahu kejayaan yang anda saingi dengan kaum lelaki. Apa yang membuat anda berambut pendek? Fikiran positif. Apa yang sentiasa membuka jalan peluang untuk anda? Juga kerana fikiran positif! 

TAHU CANTIK BUKAN HANYA TERLETAK PADA RAMBUT SAHAJA

Jaclyn Victor. Foto – Google Images

Biasa mereka mengulum ayat ‘Cantik itu Subjektif’ tapi kenapa bila tidak kepada rambut pendek? Anda bijak, anda tidak meletakkan kecantikan itu hanya pada suatu sudut iaitu fizikal. Memiliki karakter yang kuat dan berfikiran luas merupakan imej yang anda mahukan untuk menempa nama diantara status wanita cantik. 

Foto – Giphy

Anda yang sedang membaca ini pasti berkira-kira ingin memotong pendek. Jangan tunggu lagi! Ambil inspirasi 12 Potongan Rambut ‘Pixie Cut’ Paling Hot Boleh Anda Cuba  dan 5 Gaya Potongan Rambut Pendek Yang Sangat Cool

Sempena Hari Wanita Sedunia 2017 ini, tidak kira lah samada anda wanita berambut pendek, panjang atau berhijab. Bersama-samalah kita mencorakkan dunia ini dengan kuasa wanita yang penuh dengan kasih tapi kuat!