Fesyen, Lookbook

Kempen #DoYou PUMA Untuk Wanita Diteruskan Dengan Aura Cara Delevigne

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kempen #DoYou PUMA Untuk Wanita Diteruskan Dengan Aura Cara Delevigne

Jenama sukan Global PUMA terus menerus menyebarkan semangat baru kepada masayarakat terutamanya para pengikutnya menerusi kempen ‘DO YOU’ untuk musim Bunga/Panas 2017 ini.

IKLAN

Masih diteruskan dengan keyakinan yang ditonjolkan peragawati serba boleh Cara Delevigne sebagai duta jenama PUMA khas untuk wanita. kempen ini bertujuan untuk menggalakkan para wnita di seluruh dunia untuk percaya akan kemampuan diri sendiri, sentiasa yakin diri malah berani berdepan dengan apa sahaja situasi tetapi masih kekal bergaya biarpun saat melakukan aktiviti lasak.

Foto -Arkib Wanista

Dengan slogan berbunyi “Only way to be you is to #DoYou”, kempen ini berjaya menampilkan cara seorang individu yang bersifat tersendiri dan bersahaja dalam mempamerkan diri kepada umum di samping menggayakan helaian unik dari koleksi terkini PUMA yang sebenarnya amat kena dengan cita rasa peribadinya.

Cara menekankan agar semua wanita harus mencipta impian mereka sendiri, “Memang bagus untuk mencari inspirasi dari orang lain tetapi adalah lebih mustahak untuk kita sebenarnya melakukan perkara yang benar-benar buatkan kita rasa gembira.

“Walau apa pun, jangan ikut orang lain,” jelas Cara.

PUMA Suede Heart Reset. Foto -Arkib Wanista

Tidak ketinggalan, selaian helaian pakaian yang lebih stailo, musim ini juga bakal diceriakan dengan koleksi kasut sneaker ikonik PUMA HEART yang kini hadir dalam rekaan kain baldu digelar PUMA Suede Heart Reset. Ia merupakan koleksi sepatu istimewa PUMA yang dijayakan bersama dengan Cara Delevigne. Untuk keterangan lanjut, sila layari global.puma.com.

Warna baharu untuk kolkesi PUMA Suede Heart Reset. Foto -Arkib Wanista

PUMA Suede Heart Reset ini boleh dibeli dari semua butik dan pengedar sah PUMA seluruh Malaysia pada harga RM399 sepasang. Warna yang ditawarkan adalah lebih ceria, pasti bisa membangkitkan aura sensasi si gadis aktif.

IKLAN