Hiburan

Sisa Makanan Tertinggal Di Celah Gigi, Katy Perry Tak Malu Kongsi Gambar

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Sisa Makanan Tertinggal Di Celah Gigi, Katy Perry Tak Malu Kongsi Gambar

Boleh dikatakan hampir semua orang didunia ini malu jika mengetahui ada sisa makanan tertinggal di celahan gigi sewaktu bertemu dengan orang ramai.

Berlainan pula dengan Katy Perry yang tidak mempedulikan semua itu.

Dia yang menghadiri majlis anugerah iHeartRadio Music Awards sedang elok bergambar di karpet merah dan langsung tidak sedar atau tiada sesiapa pun yang menegur keadaan gigi dia. 

Tapi Katy bertuah mempunyai rakan baiknya Kary Jones yang tidak takut memberitahu Katy tentang giginya yang punya sisa makanan. Cumanya Kary Jones berkongsi gambar gigi Katy di laman Instagram!

Currently taking applications for real friends who aren't afraid to tell me there's quinoa in my teeth ?

A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on

Reaksi Katy Perry sangat selamba dengan berkongsi semula gambar itu di laman Instagram miliknya dan menulis kapsyen.. “Sedang mengambil aplikasi untuk mengetahui sahabat sebenar yang tidak takut memberitahu saya ada sisa quinoa di gigi saya”

Memang sangat tepat kapsyen Katy itu, rakan yang sebenar dia akan memberitahu kita tentang keadaan kita jika kurang senonoh. 

Katy yang pernah tercalon tiga pencalonan dalam anugerah iHeartRadio Music Awards baru-baru ini gempar tentang kisah putus cinta dengan bekas kekasih, Orlando Bloom kini kelihatan ceria dan seolah-olah tiada apa yang berlaku. 

Namun dia memberitahu wartawan, dia telah memulakan fasa hidup baru dengan memotong rambutnya dengan gaya pendek ‘pixie’. 

“Iyalah, jika anda kelihatan ekstrem sebegini ia seperti anda mahukan perhatian,” dia berlawak. “Rambut ini boleh panjang semula. Sejujurnya, saya cuba untuk mewarnakan seluruh rambut dengan warna platinum tapi ia mempunyai banyak kerosakan. Saya selalu inginkan gaya seperti Miley Cyrus dan ‘pixie’, jadi saya pun berkata, “Mari kita dapatkannya.”

Ternyata Katy Perry seorang yang tabah dan tidak kisah dengan apa yang berlaku disekelilingnya. 

SUMBER

Leave a Reply
Your email address will not be published. *