Info Menarik

Shopee Lancar Kempen ‘Shop for Free’ Sepanjang Bulan Mac Ini!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Shopee Lancar Kempen ‘Shop for Free’ Sepanjang Bulan Mac Ini!

Annyong haseyo! Berita paling syok untuk anda si kaki shopping!

Foto – Amino

Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di rantau Asia Tenggara dan Taiwan melancarkan Kempen ‘Shop for Free’ (Beli-belah secara Percuma) dalam bulan Mac bersempena dengan Korean Fever Week, K-Fever dari 9 hingga 22 Mac 2017. Sepanjang kempen ini, penggemar produk Korea boleh membeli-belah tanpa had dan berpeluang menjadi antara 500 pembeli bertuah untuk mendapatkan semula bayaran balik dalam bentuk baucar tunai Shopee.

Di platform Shopee, pengguna boleh menikmati sensasi ala-Korea melalui promosi jualan gila-gila sepanjang tempoh terhad ini termasuk jualan Lucky RM7 untuk mendapatkan produk kecantikan dan fesyen terkini dan bergaya pada harga serendah RM7 sahaja! Peminat budaya pop Korea perlu terus mendapatkan maklumat terbaharu berkaitan kempen K-Fever dalam aplikasi Shopee agar tidak terlepas peluang untuk menikmati promosi pada harga lelong.

Bagi menambahkan lagi kehangatan K-Fever tersebut, Shopee turut menganjurkan pertandingan K-Fever Race untuk peminat muzik menangi tiket menyaksikan kumpulan EXO secara langsung di Malaysia. Digelar antara kumpulan K-pop terulung di Korea, kumpulan EXO akan kembali ke tanah air dengan Konsert Exordium 2017 yang dijadualkan pada 18 Mac 2017. Peminat K-pop berpeluang untuk menang tiket EXO bernilai lebih RM 3,000 apabila memperkenalkan seorang rakan (pengguna baru Shopee) pada platform Shopee. Pertandingan ini berlangsung dari 1 hingga 9 Mac 2017.

Untuk maklumat lanjut tentang Minggu K-Fever di Shopee, lawati laman web rasmi www.shopee.com.my.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *