Hiburan, Uncategorized

Filem Boboiboy The Movie Bakal Ditayang Di Korea Selatan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ā¤ļø
Filem Boboiboy The Movie Bakal Ditayang Di Korea Selatan

Siapa yang tak suka dengan animasi Boboiboy ni, dari kanak-kanak hinggalah kepada yang dewasa, kita semua seronok menonton siri animasi ini, bahkan ketika filemnya ditayangkan di pawagan tempoh hari, boleh dikatakan ramai iba bapa yang tidak melepaskan peluang untuk membawa anak-anak mereka menonton Boboiboy The Movie.

Sejajar dengan kejayaan itu, bermula hari ini, filem animasi tersebut akan mula ditayang kan di lebih 100 buah pawagam sekitar Korea Selatan.

Karya terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd atau kini lebih dikenali sebagai Monsta itu turut menjadi filem tempatan pertama berjaya menembusi pasaran negara terbabit.

Filem animasi arahan Nizam Razak itu dihasilkan sepenuhnya di Malaysia dan Korea menjadi negara kelima menayangkan filem Boboiboy selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Kutipan kasar untuk tayangan di empat negara terbabit sudah pun mencecah lebih RM19 juta.

Pihak Animonsta telah melantik syarikat Korea Selatan, Boxoo Entertainment, selaku pengedar di negara Korea.

SUMBER

BACA  Kejamnya Netizen Tuduh Yoo Jae Suk 'Kedekut' Kerana Sumbangan Derma Sikit
Leave a Reply
Your email address will not be published. *