Berita gembira untuk rakyat Malaysia!
Kini ada jalan baru untuk memudahkan urusan membeli-belah barang keperluan rumah jauh dari menghadapi kesesakan lalu lintas atau secara kecemasan. Katakan hello kepada honestbee, iaitu servis penghantaran barangan runcit secara talian terus ke pintu rumah anda.
honestbee bekerjasama dengan pasaraya terkemuka dalam memberi servis barangan runcit secara menerus kepada pelanggan. Para pelanggan yang menggunakan aplikasi honestbee boleh membeli barangan dapur tak kira yang basah atau kering denga mudah tanpa memerlukan masa untuk keluar ke pasaraya sendiri. Mereka boleh memilih pelbagai pilihan menarik bahan dan barang keperluan dari hujung jari dan dihantar pada hari yang sama mengikut jam pilihan pelanggan.
Sehingga kini honestbee bekerjasa dengan 10 platform iaitu Ben’s Independent Grocer (B.I.G), Shojikiya, Fareastflora.com, Cat & The Fiddle, Southern Rock Seafood, Castania Nut Boutique Vom Fass, The blue Cow Butche, la Juicera, Wondermilk, Wine Connection, Cookie Box, GNC, Real Food dan Chai Huat Hin.
Bermula di Singapura pada tahun 2015, kini honestbee terus berkembang menjelajah bandar-bandar terkemuka Asia termasuklah Kuala Lumpur, Malaysia.
Dengan pelancaran pertama kali di Kuala Lumpur, honestbee memberi RM 1 penghantaran tanpa minimum perbelanjaan untuk semua stor sehingga 14 Mac 2017. Anda boleh dapatkan aplikasi honestbee melalui Apple Store atau Google Play Store atau terus ke https://honestbee.my.