Bau tidak menyenangkan yang datang daripada bahagian intim wanita adalah normal. Bau tersebut adalah berbeza bagi setiap individu.
Jangan tak mengaku, ramai di antara kita sering merisaukan tentang permasalahan ini. Ada yang kata bahagian intim mereka berbau seperti bawang, cuka, bawang putih, peluh, hamis, sampah, daging busuk dan macam-macam lagi. Apakah ini suatu petanda yang buruk?
TIDAK…
Bau yang dikeluarkan oleh alat kelamin wanita sebenarnya perkara biasa yang tidak membawa padah kepada keadaan tubuh mahupun kesihatan seseorang wanita.
Namun begitu, semua tetap harus berjaga-jaga. Jika ada di antara anda yang mempunyai bau-bauan seperti mana tersenarai di bawah, ada baiknya cepat-cepat berjumpa doktor.
Ini enam (6) jenis bau vagina yang boleh menjadi petanda kepada sebarang penyakit atau jangkitan yang dihidap oleh seseorang itu.
#1 Hanyir Seperti Ikan
Jika bau vagina terlalu kuat sehingga boleh disamakan dengan hanyir ikan, bahagian intim itu mungkin telah terkena jangkitan bakteria seperti Bakteria Vaginosis.
Pembiakan kuman itu adalah disebabkan PH sekitar Vagina yang tidak seimbang. Malah, bau ini akan lebih hanyir sebaik selepas melakukan hubungan seksual.
Antara gejala VB atau jangkitan Bakteria Vaginosis itu adalah keluar lendir berwarna kehijauan. Lebih parah itu mungkin penyakit kelamin yang kritikal seperti STD atau trichomoniasis. Lekas berjumpa doktor jika terdapat perubahan sebegini.
#2 Bau Seperti Roti atau Beer
Tahu tak apa persamaan roti dan beer? Yis! Jika bahagian intim anda berbau seperti roti atau beer itu mungkin kerana anda telah dijangkiti kulat vagina.
Yis berkenaan boleh membiak seterusnya akan mengeluarkan bau yang tidak menyenagkan seperti bau yis yang ditemani cairan likat yang keluar dari bahagian sulit wanita.
#3 Bau Seperti Bahan Peluntur
Bau seperti peluntur mungkin kedengaran agak teruk tapi dak banyak yang perlu dirisaukan. Ia mungkin terhasil kerana cecair pelincir (lubricant) yang digunakan oleh tuan empunya badan saat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.
Bau yang menyerupai bau klorin itu tidak ada kena mengena dengan jangkitan kuman atau yis kerana akan beransur hilang setelah dicuci.
#4 Bau Seperti Bawang
Ini akan berlaku jika si empunya badan suka sangat makan bawang. Tak kisahlah bawang jenis apa pun termasuklah bawang putih.
Bau bawang adalah sangat kuat dan boleh menyerap ke dalam konsistensi air kencing atau urin seseorang selepas 24 hingga 48 jam individu berkenaan mengambil makanan berbawang -kemudiannya akan dilepaskan melalui saluran pada Vagina.
Bau tersebut akan hilang sebaik ia keluar dari sistem badan seseorang. No worries!
#5 Bau Seperti Logam Lama
Pernah bau besi? Sedikit busuk dan hamis. Jika bau Vagina anda seperti besi atau logam lama ketika sedang datang bulan. Ia bukanlah jangkitan kuman. Ini terjadi kerana darah haid tersebut telah bercampur dengan pelbagai cairan yang dikeluarkan oleh Vagina sehingga menyebabkan bau itu terhasil. Selalunya seminggu selepas seseorang tamat haid, ia akan kembali normal.
#6 Seperti Daging Busuk
Kalau bau dah teruk sampai macam ni, cepat buat temu janji dengan doktor okay? Ia adalah masalah besar yang disebabkan jangkitan kuman yang jika tidak disembuhkan boleh melarat dan menjejaskan kesihatan Vagina seseorang.