Berita & Isu Semasa, Fesyen, Hiburan

10 Selebriti Persis Puteri Bila Gayakan “Ball Gown” Ke Karpet Merah OSCARS 2017

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
10 Selebriti Persis Puteri Bila Gayakan “Ball Gown” Ke Karpet Merah OSCARS 2017

Seperti biasa, di majlis anugerah-anugerah besar sebegini, busana yang disarungkan para selebriti sememangnya memberi impak besar kerana ia menentukan sama ada gaya yang dibawakan itu bakal menerima pujian atau dikritik secara negatif.

Bersempena anugerah The Academy Awards Oscars yang berlangsung semalam, ini 10 selebriti Hollywood wanita yang berjaya gayakan dress berpotongan Ball Gaun ala puteri! Cantik sangat!

Nak tahu selebriti mana jadi pilihan Wanista, jom tengok!

#1 Ava DuVernay @ Ashi Studio

Tak nak cakap banyak. PERFECTO!

Sumber: Getty

#2 Kristen Dunsl @ Dior Couture

Ringkas dan klasik! Warna hitam tak pernah ‘ketinggalan zaman’ untuk digayakan sehari-hari.

Sumber: Getty

#3 Leslie Mann @ Zac Posen

OMG! Warna hijau kekuningan ni nampak sangat anggun manakala gelembung-gelembung pada bahagian skirt membuatkan gaun kembang ini kelihatan lebih mewah dan stailo. Tak perlu aksesori sarat untuk menarik perhatian kerana gaun ini sudahpun menarik sepenuhnya!

Sumber: Getty

#4 Felicily Jones

Comel! Sekali pandang macam Ballerina pula kan?

Sumber: Getty

#5 Salma Hayek

Tidak seperti kebanyakan selebriti lain yang berleher jinjang, Salma bijak memilih rekaan gaun berleher rendah supaya bahagian dadanya lebih luas dan lehernya lebih tinggi, namun masih nampak sopan tanpa menjadi terlalu seksi dengan dress renda rona hitam ini. Just nice on her body! 

Sumber: Getty

#6 Oclavia Spencer

Biarpun berbadan gempal, Oclavia telah membuktikan bahawa fesyen tidak terhad hanya untuk mereka yang berbadan sempurna sahaja. Syabas dan anda sangat cantik!

Sumber: Getty

#7 Ruth Negga

Seperti gaun yang sering digayakan wanita elit era 1700, kolar tinggi pada gaun kembang berenda rona merah itu sekaligus membuatkan penampilan Ruth Negga tampak klasik dan manis bersahaja tanpa perlu trying too hard!

Sumber: Getty

#8 Hailee Steinfield @ Ralph & Russo

Seorang wanita muda yang berbakat, selain berlakon Hailee juga merupakan seorang penyanyi yang bersuara emas tau? Hmm… Tidak kurang juga dnegan cita rasa fesyennya yang gah! Gaun kembang organza dengan hiasan bunga timbul menjadi pilihan hati si Hailee.

Sumber: Getty

#9 Janelle Monae @ Elie Saab Couture

Siapa yang tak kenal dengan pereka Elie Saab kerana beliau adalah seorang pereka yang berani ‘melebih-lebih’ dengan perincian kilauan seperti manik dan jahitan berperincian eksentrik!

Lihat sahajalah gaun kembang yang dipakai Janelle, meskipun sarat ia masih nampak sesuai dan tidak terlalu over.

Sumber: Getty

#10 Cynthia Erivo

Meriah sungguh gaun kembang tanpa lengan yang disarungkan Cynthia Erivo. Mungkin perincian motif sulaman bungga menjalarnya disunting dari kraf kebanggan Cina yang bericiri oriental.

Tapi sayangnya warna dan gaya rambutnya tidak berapa cocok untuk ke acara formal.

Sumber: Getty

Bonus!

Dakota Johnson

Sumber: Getty

Bukan rekaan “Ball Gown” tapi tak tahu kenapa penulis jatuh hati sangat dengan busana yang dipakai heroin filem Fifty Shades Darker ni! Ringkas namun terserlah aura si tuan puteri yang mungkin diinspirasi dari gaya 80an yang mengetengahkan potongan lengan gelembung serta hiasan menonjol pada bahagian hadapan yang dibentuk menggunakan keliman fabrik.

Pada pendapat anda, siapa yang paling berjaya bawakan watak puteri kala berjalan di karpet merah The Academy Awards OSCARS semalam?

Leave a Reply
Your email address will not be published. *