Nampaknya momen kesilapan dalam mengumumkan pemenang bagi anugerah berprestij kini berulang kembali, selepas terdahulu pengacara Steve Harvey salah menyampaikan anugerah pemenang bagi Miss Universe 2015 kepada Miss Colombia Ariadna Gutierrez yang sebenarnya adalah milik Miss Philippines Pia Alonzo Wurtzbach.
Awal pagi tadi waktu tempatan, ketika berlangsungnya anugerah perfileman Hollywood paling berprestij OSCARS 2017, Warren Beatty dengan pasangan penyampai anugerah Faye Dunaway telah menerima sampul nama pemenang yang salah daripada pihak pengurusan acara, lalu mengumumkan filem LA LA LAND sebagai pemenang untuk kategori “Best Picture” iaitu Filem Terbaik.
Tonton Saat Memalukan Bagi Krew Produksi & Pelakon Filem LA LA LAND Apabila Mendapat Tahu Mereka Bukan Pemenang Sebenar
https://www.youtube.com/watch?v=rmL4Hydsj_k
Sayangnya pemenang sebenar anugerah bagi kategori tersebut adalah filem MOONLIGHT.
Bagaimanapun, filem musikal LA LA LAND lakonan utama Emma Stone dan Ryan Gosling telah merangkul enam anugerah pada acara The Academy Awards Oscars 2017 termasuklah anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik serta Pengarah Terbaik.
Damien Chazelle, Pengarah bagi filem LA LA LAND berjaya memecah rekod kerana merupakan pembikin filem paling muda merangkul anugerah Oscars pada umur 32 tahun.