Fesyen, Muzik

Dapatkan Album ‘So Good’ Zara Larsson Di H&M Secara Eksklusif

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Dapatkan Album ‘So Good’  Zara Larsson Di H&M Secara Eksklusif

H&M dengan bangga mengumumkan kolaborasi bersama Zara Larsson, antara penyanyi yang tersenarai 30 Remaja Berpengaruh tahun 2016 di Majalah Time. Beliau juga bakal melancarkan album terbarunya di musim bunga ini bersama koleksi ekslusif dari H&M.

Tahun ini H&M masih lagi berkomitmen dalam menyokong dan membantu bakat-bakat muzik seperti Zara Larsson, penyanyi berasal dari negara Sweden mengabungkan jualan album beliau ‘So Good’ bersama butik H&M seluruh dunia bermula 17 Mac ini. Selain itu, album ‘So Good’ juga berpeluang untuk pre-save di hm.com dan secara langsung ia akan disimpan di aplikasi Spotify milik pengguna selepas dilancarkan. 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

“Saya berasa sungguh gembira dapat berkejasama dengan H&M didalam kolaborasi ini. Saya amat menyukai jenama ini, ianya seronok dan sangat dekat dengan semua gadis-gadis iatu kunci utama untuk saya, tambah lagi pasukan mereka yang sangat hebat untuk bekerjasama! Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan anda semua setelah apa yang kami usahakan!” 

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Kolaborasi ini juga secara ekslusif menyediakan koleksi desin khas dari Zara Larsson sendiri bersama H&M. Rekaan dengan eleman moden streetwear dan glamor sebagai refelk dari stail personaliti Zara. 

Koleksi ini hanya terdapat di butik H&M Lot 10, Avenue K dan Sunway Pyramid dan secara talian bermula 18 Mei. 

Komen Anda