Betul kata orang, perkahwinan adalah sebuah acara yang sangat memenatkan kerana semua perkara perlu dirancang dan diteliti secara teratur agar perjalanan majlis itu kemudiannya lancar dan berjaya.
Namun, ada juga perkara yang akan muncul tanpa diduga -seperti ikan Paus Putih atau Paus Beluga ini.
Nampak macam lucu tapi itulah yang terjadi di upacara perkahwinan sepasang pengantin ini saat melafazkan sumpah cinta di Mystic Aquarium, Connecticut baru-baru ini.
Sebaik sebelum pengantin lelaki dan wanita itu menyebut “I do”, saat itulah ikan paus comel berkenaan datang meluru ke cermin akuarium seolah-olah faham untuk turut serta dalam majlis ‘raikan cinta’ tersebut.
Foto yang dirakam dengan kehadiran paus itu kini menjadi sensasi di internet setelah dimuat naik di laman imgur dan telah dilihat lebih berjuta kali.
Seperti biasa, foto-foto viral tidak akan dibiarkan lepas begitu sahaja sebaliknya ada pula individu yang rajin menyunting foto tersebut menjadikan paus itu sebagai ‘meme’ best man kepada pengantin lelaki dengan memakai vest formal sambil tangannya memegang kotak cincin.
Tapi jangan tak percaya kerana sebelum ini, ada juga pasangan lain turut berkahwin dihadapan akuarium itu dan kebanyakan foto-foto yang diambil semuanya menampilkan kemunculan paus itu.
Hmm… memang suka tengok orang kahwin agaknya. 😛