Orang yang sudah mempunyai pengalaman bersalin pastinya setuju dengan kenyataan bahawa…
“Sakit melahirkan bayi adalah sakit yang paling sakit di dunia”.
Setuju?
Setuju atau tidak, mengandung itu adalah perkara yang paling mencabar bagi seorang wanita. Pengorbanan selama sembilan bulan adalah perkara yang sangat menakjubkan kerana mampu menampung berat bayi di dalam perut sehingga tidur malam pun tidak lena.
Di samping merupakan pengalaman yang paling bermakna buat seseorang wanita yang bergelar isteri dan ibu, apakah benar ia menyakitkan?
Demi mendidik dan berkohgsi penjelasan mengenai ‘kehamilan’ agar mudah difahami semua, satu video interaktif telah dicipta oleh Museum of Science and Industry, Chicago memperlihatkan proses tumbesaran kandungan sekaligus merubah ciri-ciri fizikal dan dalaman si ibu dari trimester pertama hingga selepas melahirkan.
TONTON VIDEO MAKE ROOM FOR BABY
https://www.youtube.com/watch?v=ZLLCRuAq_QM
Video yang berjudul “Make Room For Baby” ini telah berjaya menarik perhatian pengunjung yang berkunjung ke Museum of Science and Industry, Chicago dan membuktikan bahawa bukan bayi sahaja yang meniti perubahan dalam proses kehamilan, bahagian dalaman dan fizikal si ibu juga turut berubah secara drastik.
Bukan itu sahaja, tayangan video turut ditemani informasi-informasi fakat berkenaan kandungan dan si ibu di mana ia menjelaskan bahawa bayi akan bergerak 30 kali setiap jam dan bagaimana keadaan otot dan sendi si ibu akan mula meregang apabila kandungan semakin membesar.