Fesyen

HUGO ICED Wangian Baharu Untuk Jejaka Berani Dan Berjaya

Izzah Azizah
/

haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.

HUGO ICED Wangian Baharu Untuk Jejaka Berani Dan Berjaya

Diinspirasikan dari legasi HUGO Man – haruman ikonik generasi perintis yang mencapai impian mereka menjadi kenyataan – HUGO memperkenalkan HUGO ICED: haruman baru yang bakal mengangkat kuasa potensi kejayaan seseorang untuk setiap hari. 

Bauan yang diolah unik bersama ais yang menyegarkan, HUGO ICED peneman setia untuk anda yang sukakan cabaran dan berani untuk melebar sayap ke seluruh dunia. Ia mewujudkan suatu aura membuka peluang untuk anda mencari inspirasi dan pengalaman hidup, sambil membangkitkan sifat berani dan luar biasa dari HUGO. 

Foto – arkib Wanista.com

Dibotolkan didalam botol metalik versi baharu HUGO ikonik berbentuk kelalang menyimpan bauan kuat segar dan ais. HUGO ICED juga sumber tenaga, kesegaran dan keyakinan apabila bila diperlukan. Wangian baru HUGO ini menawarkan generasi perintis menyelongkar bersama bauan ais segar membangkitkan intipati  sebenar HUGO. 

Foto – arkib Wanista.com

HUGO ICED akan berada di pasaran MAC 2017 ini dengan saiz:

HUGO ICED EDT 75ML                                                    MYR 254

HUGO ICED EDT 125ML                                                 MYR 338

HUGO ICED EDT 200ML                                                 MYR 423

HUGO ICED SHOWER GEL 200ML                              MYR 96

HUGO ICED DEODORANT STICK 75ML                     MYR 96

Komen Anda