Acara

IKEA Ajak Semua Turun Padang “Join” Jualan Murah 2 – 19 Mac Nanti!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
IKEA Ajak Semua Turun Padang “Join” Jualan Murah 2 – 19 Mac Nanti!

Hebahan buat semua, IKEA Malaysia bakal anjurkan promosi hebat awal bulan depan!

IKLAN

Berlangsung dari 2 hingga 19 Mac akan datang di IKEA Damansara dan IKEA Cheras, jangan lupa bawa keluarga dan rakan-rakan untuk membeli-belah pada harga yang sangat berbaloi!

Beg TREBLAD: RM5.90.
Kotak Simpanan SKUBB: RM29.90/3 unit.

Terdapat pelbagai pilihan barangan yang menawarkan harga lebih rendah dan menjimatkan. Inilah masa terbaik anda menukar perabot serta perkakas rumah yang lama.

Dari perhiasan, kabinet, lampu, sofa, perkakas dapur sehinggalah kepada kelengkapan bilik tidur dan taman, semuanya ada di gedung pembekal kelengkapan rumah IKEA.

Lampu Tidur Colourcheck Proof: RM15.90.
Kabinet dinding VALJE: RM60.

Di samping itu, pelanggan yang dikasihi juga berpeluang mendaftar untuk menjadi sebahagian keluarga IKEA FAMILY secara percuma! Jangan ketinggalan peluang untuk mendaftar kerana IKEA bakal anjurkan jualan murah khas untuk para ahli IKEA FAMILY pada 1 Mac nanti. 

Gedung akan dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 10.00 malam, hanya untuk ahli IKEA FAMILY membeli-belah sakan pada harga yang sangat murah jauh berbeza dari harga asal barangan.

Balang Alat Tulis HEJSAN: RM7.90/3 unit.
Lilin Beraroma OMTALAD: RM2.90.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [IKEA.my/FAMILY/preview]. Pendaftaran sebagai ahli boleh dibuat di kiosk IKEA Family (dalam gedung IKEA) mahupun dilakukan secara atas talian di [IKEA.my/FAMILY/register].

IKLAN