Berita & Isu Semasa

Kemunculan 7 Planet Seperti Bumi Ditemukan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kemunculan 7 Planet Seperti Bumi Ditemukan

Tiada apa yang mustahil apabila bercerita tentang angkasa dan galaksi. Baru-baru ini, ahli astronomi telah menemui tujuh planet yang hampir sama saiz dengan Bumi di sistem suria berhampiran.

IKLAN

Tiga daripada planet itu mengelilingi bintang utama pada jarak tepat bagi membolehkan cecair terbentuk pada planet itu.

Bintang terbabit yang dikenali sebagai TRAPPIST-1 berada di dalam kumpulan bintang Aquarius.

Ia terletak kira-kira 40 tahun cayaha dari Bumi atau 44 juta tahun pada kelajuan purata pesawat komersial.

Penyelidik berkata ia sasaran bagus untuk kajian lanjut berdasarkan jarak sistem itu serta saiz planet.

Mereka berharap dapat mengimbas atmosfera planet itu bagi mencari bukti kehidupan di planet itu.

Penemuan ini diterbitkan di dalam isu jurnal Nature susulan penyelidikan sebelum ini yang menunjukkan tiga planet mengelilingi TRAPPIST-1.

Ia antara lebih 3,500 planet yang ditemui di luar sistem suria.

“Ini adalah kali pertama begitu banyak planet bersaiz Bumi ditemui di sekitar bintang yang sama,” kata ketua penyelidik dari Universiti Liege di Belgium, Michael Gillon.

IKLAN

Katanya, disebabkan TRAPPIST-1 sangat kecil dan sejuk, zon boleh didiami sangat dekat dengan bingang dan tiga planet berada pada kedudukan sesuai untuk pembentukan air.

“It adalah satu sistem yang kompak. Ia boleh mengandungi air dan kemungkinan kehidupan,” katanya.

Namun, jika ia tidak mempunyai sebarang kehidupan, planet itu boleh berevolusi. TRAPPIST-1 berusia sekurang-kurangnya 500 juta tahun dan dijangka mempunyai jangka hayat 10 trilion tahun.

Sebagai bandingan, matahari dijangka berusia kira-kira 5 bilion tahun.

Sementara itu, pakar astronomi dari University of Cambirdge, Amaury Triaud berkata kelmarin, penemuan ini satu langkah penting bagi mencari kehidupan di luar sana.

Trappist-1 berdiameter kira-kira lapan peratus daripada saiz matahari dan ini membuat planetnya kelihatan besar, katanya.

SUMBER