Kelmarin Lisa Surihani secara rasmi telah diumumkan sebagai Duta Global baharu untuk UNICEF Malaysia. Beliau dipilih sebagai salah satu keluarga besar dalam badan bukan keuntungan yang membela nasib kanak-kanak di seluruh dunia itu untuk menyuarakan idea, mendidik serta menyebarkan kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang isu perihal hak kepentingan kanak-kanak.
Dalam rangka kerja sebagai Duta Global, Lisa secara fizikalnya akan terbabit dalam mempromosikan serta menyuarakan hak kanak-kanak di Malaysia dalam dan luar negara menerusi beberapa siri kempen dan pelbagai lagi inisiatif lain yang dianjurkan UNICEF Malaysia. Sokongan dan usaha yang akan dilakukan Lisa adalah termasuk memerangi kekejaman dan penganiayaan kanak-kanak, integrasi dengan kanak-kanak kurang upaya, memperbaiki isu keselamatan penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak malah berkenaan pendidikan awal kanak-kanak.
https://www.instagram.com/p/BQw_T6QDrFP/?taken-by=wanistadotcom
Wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clark-Hattingh pula berkata, Lisa adalah seorang individu yang berkredibiliti dan sesuai memegang peranan ini sebagai Duta Global UNICEF Malaysia. “Minatnya terhadap hak kanak-kanak, personalitinya yang ramah dan mesra itu pasti mudah diterima masyarakat”.
https://www.instagram.com/p/BQxPLUXjDj3/?taken-by=wanistadotcom
Sejak 1954, UNICEF telah bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan untuk membanteras pelbagai isu negatif yang bercanggah dengan hak kepentingan kanak-kanak dan kini UNICEF pastinya akan meneruskan usaha untuk menambah baik kualiti kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia dengan mengambil kira aspek keperluan asas mereka dari segi fizikal dan mental termasuklah pendidikan, kesihatan, nutrisi dan lain-lain.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.unicef.org/malaysia