Jeritan fesyen untuk peminat denim sekalian!
Tidak cukup dengan koleksi bunga MONKI SS17, Monki bawakan pula koleksi denim yang baharu sesuai untuk semua jenis saiz dan stail.
Koleksi ini istimewa dengan 100% dari kapas organik dengan memperkenalkan pelbagai warna baharu denim dan gaya sesuai dengan trend 2017.
Denim atau jeans klasik Monki ditambah dengan trend baru seperti statement pieces, warna blok, corak sulaman dan warna-warna baru seperti merah jambu dan biru lembut.
Selain itu, Monki juga menyediakan koleksi lengkap dengan jaket denim dan Kimono klasik. Jaket denim klasik Monki juga didatangi bersama trend oversized silhouette. Denim klasik Monki masih lagi mengekalkan konsep super-strech, 90-an, pinggang tinggi (high-waisted) dan potongan cropped.
Koleksi denim Monki ini sudah berada di semua butik Monki seluruh negara. Dapatkannya segera!