Akan sampai satu tahap apabila semakin berusia, tahap keanjalan kulit akan hilang disebabkan penghasilan kolagen yang semakin lemah seterusnya meningkatkan risiko kemunculan kedutan.
Seperti yang kita semua tahu, masalah kulit sering menyebabkan individu menjadi tidak yakin dengan penampilan diri malah dalam kes yang lebih parah, ada di antara mereka menjadi buntu sehingga tertekan yang sebenarnya membawa impak negatif terhadap kehidupan seharian si mangsa dek kerana masalah kulit yang dihidapi.
Namun kita harus jelas bahawa setiap penyakit yang terjadi itu pasti ada penawarnya… Seperti kemunculan inovasi kecantikan yang digelar Derma Roller ini.
Apa Itu Derma Roller?
Derma Roller adalah sejenis alat beroda yang dipenuhi beratus jarum halus.
Fungsi Derma Roller
Kegunaannya adalah dengan cara mengosok alat tersebut pada permukaan kulit agar lubang-lubang halus terbentuk demi memudahkan proses penyerapan produk seperti serum serta merangsang sel kulit dari dalam permukaan epidermis untuk menghasilkan kolagen serta baik pulih tekstur kulit yang rosak dan terjejas.
Siapa Boleh Guna Derma Roller?
Sesiapa sahaja terutamanya buat mereka yang mempunyai masalah parut dan kedutan.
Manfaat Derma Roller
Untuk tingkat penghasilan kolagen, jadikan tekstur kulit lebih cantik malah memulih dan memperbaiki masalah-masalah utama berkenaan kulit dan kecantikan termasuklah:
- Parut jerawat
- Kedutan
- Kekenduran kulit
- Tanda regangan (stretch marks)
- Selulit
- Kulit terbakar
- Mungilkan bibir
- Pulih rambut gugur
Selain itu, tusukan jarum-jarum halus juga secara automatik akan melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam kulit seterusnya membuatkan kulit jadi anjal, halus tanpa kedutan dan memudarkan parut! Apa yang penting, rawatan ini boleh dilakukan sendiri di rumah.
Tutorial Lakukan Rawatan Derma Roller Untuk Masalah Keguguran Rambut
Jenis-Jenis Derma Roller
Jarum pada Derma Roller boleh didapati dalam variasi saiz termasuklah 0.5mm, 1.0mm dan 1.5mm.
0.5mm: Disyorkan buat mereka yang mahu memungilkan bibir, memudarkan parut jerawat ringan, parut demam campak, memulih masalah rambut gugur serta masalah kedutan halus di wajah dan sekitar leher.
1.0mm: Disyorkan buat mereka yang mempunyai parut jerawat yang dalam, parut bekas dari pembedahan, selulit dan tanda regangan (stretch marks).
1.5mm: Disyorkan pada mereka yang memiliki parut dalam seperti parut bekas luka dalam mahupun masalah selulit teruk.
Jarum yang saiznya melebihi 1.5mm seperti 2.0mm dan 2.5mm hanya boleh digunakan oleh pakar kulit profesional di mana servis rawatan itu boleh didapatkan menerusi klinik mahupun spa kulit sahaja… digunakan untuk memulih masalah-masalah kulit yang lebih teruk.
Syarat Sebelum & Selepas Lakukan Rawatan Derma Roller
Adalah mustahak untuk menjaga kebersihan alat Derma Roller. Ingat, kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh itu setiap individu yang menggunakan Derma Roller harus mencuci atau merendam (30 minit) alat tersebut dengan pelarut alkohol seperti 91% Isopropyl Alcohol [KLIK untuk beli] sebelum dan selepas menggunakannya untuk bunuh kuman.
Tonton Tutorial Cara Menggunakan Micro Derma Roller Dengan Betul & Selamat
Adakah Rawatan Ini Menyakitkan?
Kesakitannya boleh digambarkan pada kadar 5/10. Tidak terlalu sakit namun anda akan terbiasa dengan sensasi tusukan jarum halus tersebut selepas beberapa kali melakukannya.
Apa yang penting, pastikan anda lakukan proses pembasmian kuman dengan menggunakan alkohol agar kulit tidak dijangkiti sebarang kuman yang malah akan memburukkan keadaan… SEBELUM & SELEPAS menggunakannya.
Hanya Guna Derma Roller Berkualiti
Harus diingatkan, terdapat banyak alat Derma Roller yang murah dan tidak berkualiti di luar sana. Jika anda tidak mahu kulit jadi lebih rosak, sila beli Derma Roller yang berkualiti. [KLIK untuk beli]
Pastikan pemilihan jarum adalah betul untuk tujuan tertentu kerana penggunaan jarum yang tebal pada kulit nipis akan merosakkan kulit. Hanya bahagian kulit tebal seperti peha dan bahagian kulit berlemak lain sahaja boleh menggunakan jarum dengan ketebalan seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Jangan Lakukan Dengan Tekanan Kuat
Gosokkan yang berlebihan ditambah pula dengan tekanan boleh melukakan kulit. Oleh itu, gosokkan secara perlahan tanpa perlu menggunakan tekanan berlebihan. dalam amsa yang sama, rawatan ini hanya boleh dilakukan sekali seminggu agar tidak terjadi iritasi pada kulit.
PENTING! Jika kulit penuh dengan jerawat belum pecah atau terkena selaran matahari (sunburn), sila elak lakukan rawatan ini.
Sapu Vitamin C Untuk Lebih Berkesan
Setelah siap menggosok, sapukan lapisan nipis serum vitamin C pada keseluruhan wajah. Ia akan bantu menggalak penghasilan kolagen serta pemulihan kulit.
DERMA E Evenly Radiant Brightening Serum With Vitamin C: RM118.67 [KLIK untuk beli]
MARIO BADESCU Vitamin C Serum: RM298 [KLIK untuk beli]
Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop: RM102.64 [KLIK untuk beli]
VITAMIN C SKIN BOOST INSTANT SMOOTHER: RM129 [KLIK untuk beli]
PETER THOMAS ROTH Camu Camu Power C x 30 Vitamin C Brightening Serum: RM458 [KLIK untuk beli]
Diharap perkongsian ilmu dari Wanista kali ini memberi manfaat buat para pembaca sekalian.
Selamat beramal!