Portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) mulai diperkenal menyasarkan pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim. Sehingga kini, lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa berdaftar menerusi platform e-dagang baharu ini.
Menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk kesemua barangan jualan, Roopawan menyenaraikan variasi fesyen, aksesori, kelengkapan ibadah, kosmetik halal, makanan kesihatan termasuk pakej penginapan Muslim (akan datang).
Antara jenama fesyen tempatan yang ditawarkan di Roopawan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang begitu popular di kalangan selebriti. Manakala jenama antarabangsa termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.
“Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim. Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” ujar Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas bersama, Siti Amalina Ariffin.
Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.