Fasiliti kini merupakan perkhidmatan utama dalam negara membangun seperti Malaysia, dimana kita semakin memberi penekanan yang kuat terhadap persekitaran fizikal institusi perniagaan dan sumbangannya yang penting dalam mewujudkan pengalaman yang memuaskan bagi pelanggan. Fasiliti juga melibatkan persekitaran luar seperti landskap, reka bentuk, kemudahan tempat letak kereta dan juga persekitaran dalaman yang melibatkan prasarana, susun atur, dan suasana.
Dengan pengalaman yang sesuai dan taraf kebersihan tandas yang sempurna, ini akan memastikan kepuasan pelanggan tercapai maka peluang keberhasilannya, mereka akan singgah lebih lama di premis dan bukan itu sahaja, pelanggan juga akan melalui satu pengalaman yang istimewa.
Salah satu cara yang paling mudah untuk menghidupkan suasana tandas anda adalah dengan menambah warna yang dapat merangsang deria dan memberi rasa ketenangan. Semasa evolusi reka bentuk tandas ini, pakar-pakar kebersihan seperti INITIAL telah menghasilkan koleksi “Signature” yang telah memenangi anugerah berdasarkan penggabungan ciri-ciri reka bentuk inovatif dan kualiti kebersihan yang tinggi. Tujuh warna anggun dipilih dengan teliti untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya serta memberi tanggapan positif yang berpanjangan.
Selain daripada warna, penyelidik pasaran juga telah membuktikan bahawa jika anda melibatkan dua deria pelanggan anda, seperti bunyi dan penglihatan atau sentuh dan rasa, pengalaman pelanggan bertambah baik dan komitmen jenama berganda. Satu kajian yang dilakukan oleh INITIAL menunjukkan bahawa 77% daripada tetamu yang dikaji berkata bauan yang menyenangkan di dalam hotel akan mewujudkan suasana yang positif kepada mereka melalui kombinasi perkhidmatan, hiasan dan aroma. Ia juga mewujudkan penilaian positif dan penggalakkan perniagaan di hotel.
INITIAL Hygiene Malaysia menggunakan teknologi haruman, satu cara yang menarik dengan menggunakan aroma yang menyenangkan untuk memperkenalkan jenama anda, sambil meningkatkan pengalaman pelanggan dan pekerja. Pengharuman adalah teknik yang menambah pengalaman sensori kepada pengiklanan audio dan visual tradisional.
Oleh itu, kuasa warna dan aroma untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang baik boleh menjadi penyelesaian kepada perkhidmatan persekitaran yang terbaik untuk perniagaan anda.