Kraftangan pewter Royal Selangor tidak asing lagi didengari dikalangan rakyat Malaysia. Namun tidak semua mengetahui rahsia dan sejarah disebalik pembuatan pewter ini.
Royal Selangor Visitor Centre merupakan destinasi wajib rakyat Malaysia untuk kunjungi. Ia satu hub untuk kita semua mempelajari salah satu warisan negara yang sudah lebih dari 100 tahun. Mula dibuka pada 2004 bagi berkongsi pengetahuan tentang seni pewter dan bagaimana ia menjadi sebahagian dari sejarah Malaysia.
Kunjugan anda bakal dibawa ke The Gallery, dimana anda dapat melihat sendiri permulaannya Royal Selangor di Tanah Melayu ketika itu. Selain itu, pelbagai ciptaan pewter menarik dari Comyns Archive 35,000 bentuk, lukisan untuk Royal Selangor pada tahun 1993. Juga terdapat aksesori peribadi pengasasnya Yong Koon dengan pelbagai kisah disebaliknya.
Setelah itu, anda melalui kilang pewter Royal Selangor untuk melihat pekerja berdedikasi mereka mengusahakan dan memproses pewter dijadikan pelbagai produk hiasan rumah dan kraftangan. Bukan sekadar melihat, anda juga berpeluang mencuba dan menghasilkan kraf pewter sendiri.
The Foundry, bengkel khas untuk pelawat mempelajari pembuatan pewter selama 60 minit. Bersama-sama tenaga pengajar yang profesional anda bakal menghasilkan pelbagai aksesori, kraftangan sendiri untuk dibawa peluang! Bengkel ini sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan anak-anak sekolah, yuran kemasukan untuk mempelajari hanya RM180 (termasuk GST).
Royal Selangor dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang termasuk hujung minggu dan cuti umum. Masuk adalah percuma dan dibantu oleh petugas untuk aktiviti tour.