Comelnya reaksi seorang bayi ini apabila buat pertama kali dapat melihat wajah ibu dan ayahnya secara jelas.
Emil seorang bayi lelaki cukup sifat telah dinasihatkan oleh doktor untuk memakai kaca mata bayi dengan kuasa +7.0 yang sebenarnya agak kuat untuk tahap rabun bayi dan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, dalam sebuah video yang dirakam melihatkan Emil seperti terkejut kala disarungkan kaca mata sebelum dapat melihat wajah ibunya dengan jelas menerusi lensa kaca matanya.
Berpaling ke kiri dan ke kanan seolah-olah hairan sebelum air mukanya berubah tersenyum dan tertawa kecil seakan memberi reaksi terhadap agah si ibu.
Sejak dimuat naik enam hari lalu ke akaun Instagram milik ibu Emil, Christine Rosenhøj, video tersebut kini telah ditonton sebanyak 21 ribu kali malah menjadi viral di kebanyakan laman dan stesen televisyen sekitar Eropah dan Bahrain.