Masih ramai lagi wanita sebenarnya tidak tahu rutin penjagaan wajah yang lengkap. Dari pengalaman penulis sendiri, ada diantara rakan penulis masih lagi tidak pasti dan jujur cakap langsung tidak peduli tentang kebersihan kulit muka.
Tiga rutin asas penjagaan wajah yang bermula dengan membersih, menyegar dan melembab. Tak ramai mengambil berat dengan konsep menyegar atau toner. Bagi mereka bahagian itu boleh skip, tahukah anda padahnya bila tidak menggunakan toner selepas membersih muka akibatnya kulit muka mengeluar lebih minyak dan tersumbat.
Dari mana jerawat terjadi? Sudah terjawab bukan.
Jadi nasihat penulis amalkan menyegar muka selepas membersih muka, anda akan mendapat pelbagai manfaat kecantikan darinya. Tak susah pun! Tak sampai lima minit pun menyegar muka kita sendiri!
#1 Mengimbangi pH kulit
Kulit kita sememangnya semulajadi berasid, kulit yang normal mempunyai keseimbangan pH diantara lima dan enam. Selepas mencuci muka, sifat alkali dari produk pencuci boleh menganggu keseimbangan pH dan menyebabkan kulit berminyak. Penyegar membantu mengembalikan semula keseimbangan pH dengan cepat.
#2 Mengecilkan pori-pori muka
Selain dari 8 cara INI, penyegar atau toner cara paling mudah dan efektif mengecilkan pori-pori. Apa yang perlu lakukan ialah hanya letakkan bebeapa titis penyegar di kapas muka kemudian sapukan diseluruh muka.
#3 Merawat kulit yang bermasalah
Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang tanpa henti, cuba masukkan rutin menyegar muka dengan toner bagi menyingkir minyak, kotoran dan bakteria penyebab kulit bermasalah. Jika toner mampu mengecilkan pori-pori ianya juga secara tidak langsung menutup peluang untuk tidak timbul jerawat lagi.
#4 Menambah lapisan perlindungan dan kelembapan
Sejurus mencuci muka, menyapu penyegar di kulit memberi kelembapan yang ekstra dan juga lapisan perlindungan mengetatkan sel-sel kulit. Ia mampu membuang bahan klorin dan mineral dari air paip semasa mencuci muka. Jika anda sering mengembara menggunakan kapal terbang, kulit mudah menjadi kering bila berada didalam penerbangan. Sediakan satu botol kecil penyegar dan kapas muka untuk mengembalikan kelembapan muka, tak perlu guna air. Toner pun dah cukup!
#5 Membersih saki-baki solekan yang tertinggal
Walaupun sesudah menanggalkan solekan dengan makeup remover dan pencuci muka, masih ada lagi saki baki kecil bekas solekan yang tertinggal di sebalik liang pori-pori. Jadi untuk pastikan kulit anda benar-benar bersih, toner langkah tambahan yang menjanjikan kulit bersih dari terjadi kulit mati.