Fesyen, Lookbook

Panduan Gayakan Sneakers Dengan Pakaian Kasual Harian

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Panduan Gayakan Sneakers Dengan Pakaian Kasual Harian

Perempuan adalah manusia yang paling versatile kerana bisa menggayakan hampir kesemua jenis pakaian meskipun pakaian itu bersifat maskulin.

Kata orang…

“Perempuan boleh pakai apa yang lelaki pakai namun sayangnya lelaki belum tentu boleh pakai apa yang perempuan pakai”.

Sumber: Style du Monde

Walau apa pun, penggayaan fesyen haruslah kena pada caranya. Jika anda bertindak memadankan selipar jepun (flit-flops) dengan dress formal berkilau sudah tentulah ia akan nampak hodoh serta-merta.

Wishing for more chill days in @clovercanyon @thefrankieshop ?

A post shared by SERENA GOH (@theserenagoh) on

Kini, ramai gadis moden lebih teruja untuk menyarungkan tumit tinggi dek kerana tepengaruh dengan trend serta menganggap bahawa aksesori ikon itu mampu menonjolkan aura kewanitaan dalam diri tetapi apa yang anda tidak tahu kasut rendah bertali dan sarung seperti sneakers juga boleh ‘dikahwinkan’ dengan fesyen feminin asalkan sahaja ia kena pada gaya.

Classic and casual ??? One of my favourite looks recently! #wiwt

A post shared by Isabella Thordsen (@isabellath) on

Tips? Ayuh wanita kongsikan…

#1 Gulung Kelim Seluar Jeans Untuk Tonjol Tulang Buku Lali

Mengikut syarat berfesyen, jika anda mahu memakai jeans dengan sneakers, pastikan kelim hujung jeans tersebut dilipat atau digulung sedikit agar tampak lebih ranggi dan kemas memperlihatkan keseluruhan bentuk kasut berkenaan. Barulah cun! Kalau boleh sila pastikan seluar berada pada paras buku lali dan tidak lebih dari itu.

Sumber: Tumblr

Sneakers boleh dikira sebagai item fesyen yang popular jadi jika anda memakainya, jangan segan untuk tunjuk pada orang biar mereka tahu anda memiliki sepasang sneakers yang gah ;)

#2 Jangan Pakai Sarung Kaki!

Pakai sneakers cantik tapi nampak stokin terkeluar sehingga ke paras buku lali? No no no!

Sumber: Pinterest

Jika anda tetap mahu memakai stokin di dalam sneakers tersebut, pastikan stokin tidak kelihatan terkeluar sehingga ke pergelangan kaki okay? Nampak comot dan…. hodoh.

#3 Pilih Corak & Reka Bentuk Klasik

Sneakers bukanlah jenis kasut yang formal. Oleh itu, cuba bermain dengan pilihan dari seleksi rekaan klasik serta bersahaja.

Sneakers warna neon. Sumber: Pinterest

Pilihlah warna-warna yang kelam dan polos seperti hitam, putih, kelabu, merah hati atau coklat jika anda mahu sesuatu yang minimalis namun jangan pula takut untuk menggayakan sneakers yang dicalit rona neon untuk sedikit sentuhan retro!

Anda bebas menggayakan apa jenis sneakers sekalipun because sneakers are universal!

#4 Boleh Jika Hendak Pakai Dengan Skirt Atau Dress Tapi, Hati-Hati

Janganlah terlalu yakin gayakan skirt atau dress dengan sneakers sehingga anda kelihatan seperti kerani pejabat era 80an. 

Skirt kembang midi berlisu. Sumber: Tumblr

Memadankan skirt ketat (contoh: pencil skirt) dengan sneakers adalah salah. Pastikan labuh pencil skirt itu adalah atas daripada paras lutut atau sekurang-kurang paras bawah lutut. Jika terlalu labuh anda sebenarnya telah gagal menjadi seorang fashionista yang berhemah.

Skirt kembang berpotongna midi memang sesuai digayakan dengan sneakers. Sumber: Pinterest

Melainkan jika skirt labuh itu mempunyai potongan midi yang kembang… barulah sesuai digayakan dengan sneakers.

Maxi dress + sneakers = Selekeh. Sumber: Tumblr

JANGAN sekali-kali gayakan sneakers dengan maxi dress atau skirt labuh. Bagai ada sesuatu yang tidak kena… hmm

#5 Elak Pakai Seluar Ketat Dengan Sneakers

Seluar ketat tidak dilipat atau digulung kelim hujungnya nampak comot apabila digayakan dengan sneakers. Sumber: Pinterest
Memakai sneakers bersama skinny jeans yang telah dilipat kelim hujungnya adalah lebih menarik dan kemas. Sumber: Pinterest

Sudah penulis ceritakan awal tadi, jika ingin memakai celana ketat dengan sneakers seperti skinny jeans, harus digulung kelim celana berkenaan terlebih dahulu. Namun jika anda memakai flare pants, ia sudah kelihatan sempurna tanpa perlu menggulung atau melipat kelim seluar. 

Flare pants sesuai digayakan dengan sneakers tanpa perlu melipat atau menggulung kelimnya sepertimana boyfriend jeans atau skinny jeans. Sumber: Pinterest

Berkasut rendah tak semestinya ‘tomboy’ kan… ?

Selamat beramal!

BACA  Koleksi Pakaian Dalam Monki Punya Sentuhan Kontemporari Yang Tersendiri
Leave a Reply
Your email address will not be published. *