Susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, sebuah video rakaman CCTV berdurasi selama tiga minit tiga saat yang telah disiarkan sebuah stesen televisyen asing mula tersebar meluas sejak malam semalam.
Rakaman berkenaan menunjukkan dua wanita yang ditahan iaitu wanita warga Vietnam dan Indonesia menghampiri mangsa sebelum mencekik dan menekap sesuatu dimuka Jong-nam sebelum kedua-duanya dirakam meninggalkan mangsa.
Tonton Video Kim Jong Nam Diserang Wanita Saat Mahu Mendaftar Masuk Di Kaunter Layan Diri
Pada mulanya, Jong-nam diserkup oleh seorang wanita dipercayai menggunakan kain. Penyerang itu hanya mengambil masa selama 2.33 saat sebelum meninggalkan mangsa.
Selepas diserang, Jong-nam cuba mendapatkan bantuan dan dilihat bertanya kepada seorang wanita sebelum dibawa kepada anggota polis bertugas.
Sebaik berjumpa dengan polis, Jong-nam dilihat melaporkan kejadian beliau diserang dengan cara diserkup dipercayai menggunakan kain kepada anggota terbabit. Beliau kemudian diiringi dua lelaki, termasuk seorang anggota polis ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan sebelum rebah pada minit ke 2:35 sebaik beberapa ketika memasuki premis klinik berkenaan.
Walau bagaimanapun ketika diserang, kelihatan tiada seorang pun individu di sekeliling perasan akan situasi pergelutan yang berlaku antara si penyerang dan Kim Jong-nam sendiri.