Kecantikan, Tips - Kecantikan

Nak Nampak Muka Sentiasa Muda? Boleh Cuba 5 Masker Telur Ini!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Nak Nampak Muka Sentiasa Muda? Boleh Cuba 5 Masker Telur Ini!

Bimbang apabila usia makin meningkat, kulit anda mungkin kehilangan kelembapan, kusam malah tidak bermaya?

IKLAN

Mencuci dan melembap kadangkala tidak mencukupi dan face packs sering kali dilupakan. Dalam hal ini, jika anda pakai face packs secara regular ia boleh membantu kulit anda untuk kekal muda dan ketat.

Nah, Wanista kongsikan lima resepi masker telur yang sangat berkesan dan membantu kulit anda kembali remaja.

Foto – LEAFtv

1. Putih Telur + Madu

Anda hanya perlu campurkan sebiji telur dan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan sapu ke seluruh wajah dan juga leher. Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Masker ini akan tone kulit anda dan juga melembap kuli untuk rasa dan tampak segar.

2. Putih Telur & Yogurt

Ini satu lagi resepi yang boleh anda cuba. Campur sebiji putih telur dengan satu sudu besar yogurt. Tambah sedikit gula merah. Letakkan pada wajah dan leher anda dengan secukupnya dan urut dengan perlahan selama 10 minit. Biarkan masker ini selama 10 minit sebelum dicuci. Masker ini baik untuk membuang sel kulit mati dan mengetatkan kulit yang melendut. Ia memberi seri dan keremajaan kulit.

3. Putih Telur + Oatmeal

Untuk masker ini, kocakkan putih telur bersama dua sudu besar oatmeal. Jadikan pes dan terus sapu pada muka. Biarkan selama 20 minit dan alami penegangan kulit secara natural.

IKLAN

4. Putih Telur + Lemon

Campurkan sebiji putih telur bersama dua sudu besar jus lemon. Tambah sedikit madu asli. Kocakkan kesemua bahan ini sehingga menjadi buih dan sapu ke wajah dan leher. Tunggu selama 30 minit sebelum anda membasuhnya. Jus lemon sangat efektif dalam menghilangkan bintik hitam, kulit mati dan minyak berlebihan manakala putih telur menjadikan kulit lebih tegang dan madu membantu meningkatkan lembapan yang hilang.

5. Putih Telur + Cuka Epal

Campur dua sudu besar cuka epal dengan sebiji putih telur dan gaul sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air yang mengalir. Cuka epal akan membersih wajah dan melegakan kulit sementara putih telur akan menegangkan kulit.

SUMBER