Fesyen, Lookbook

Pelayaran Nautika Inspirasi Eksentrik Untuk Koleksi SS ’17 Tory Burch

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Pelayaran Nautika Inspirasi Eksentrik Untuk Koleksi SS ’17 Tory Burch

Terik mentari terang sering dikaitkan dengan sifat ceria serta semangat yang penuh azam. Untuk tahun ini bersempena musim Bunga/Panas yang bakal tiba menjelma tidak lama lagi, jenama fesyen terulung Tory Burch menampilkan koleksi yang serba ranggi diinspirasi dari alam nautika.

Ilustrasi kapal layar pada celana putih membangkitkan aura penuh eksentrik.

Motif seperti sauh, tali kapal dan hidupan marin banyak dilihat memenuhi rekaan sebagai perincian gah sekaligus berjaya menonjolkan sifat maskulin buat wanita yang hip dan gemar mencuba sesuatu yang baru.

Padanan celana bercetak kapal layar dengan blazer rona biru tua yang diinspirasi dari pakaian seragam kapten kapal.
Seluar berpotongan palazzo dihiasi perincian butang seragam kapten kapal yang buat si pemakai kelihatan lampai.

Dari helaian skarf, blazer, kemeja, celana dan kasut, semuanya memanfaatkan warna segar nun seperti biru, merah dan putih. Tidak ketinggalan, aksesori halus seperti anting-anting yang berbentuk tulang ikan juga sedikit sebanyak bisa menonjolkan aura menyeronokkan buat si pemakai.

Anting-anting berbentuk tulang ikan.
Dress bercetak tali kapal.

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.toryburch.com] atau kunjungi butik Tory Burch Malaysia di alamat:

Lot G02A / G02B, Ground Floor, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia 

168 Jalan Bukit Bintang, Lot 2.69.01, Level 2, Kuala Lumpur, Malaysia 

Leave a Reply
Your email address will not be published. *