Fesyen, Lookbook

Comelnya Rekaan Beg Terbaharu CH Carolina Herrera Versi Genit!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Comelnya Rekaan Beg Terbaharu CH Carolina Herrera Versi Genit!

Seperti biasa, jenama fesyen tersohor yang memfokuskan sifat kewanitaan sejati, CH Carolina Herrera kembali memperkenalkan rekaan terbaharu beg tangan yang lebih ranggi dan kecil buat fashionista feminin sempena musim Bunga/Panas 2017.

IKLAN

Tidak pernah gagal menampilkan barisan aksesori wanita yang ikonik serta mengikut trend fesyen semasa, kali ini menerusi Micro Bag Collection, CH Carolina Herrera menerapkan perincian yang cukup ringkas sambil ditemani warna-warni ceria -melambangkan keperibadian wanita hip yang feminin dan elegan.

Warna-warna menonjol yang digunakan adalah terdiri dari rona kuning, merah, metalik serta merah jambu. Pastinya versatile, rekaan beg genit sebegini boleh dikira sangat artistik dan bakal menjadi pilihan utama bagi para wanita urban.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.carolinaherrera.com.

IKLAN