Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof memberitahu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan diumumkan pada 16 Mac ini.
Beliau mengeluarkan pengumuman tersebut selepas isu kekeliruan tarikh pengumuman peperiksaan itu menjadi viral di media sosial.
“Kementerian melaksanakan penjaminan kualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan tepat dan sahih demi keadilan kepada calon,” katanya sebagaimana laporan dari Bernama.
Lembaga Peperiksaan terpaksa menunda pengumuman tarikh keputusan SPM 2016 atas sebab isu kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik dan kekangan kewangan membaikpulih mesin berkenaan telah tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut mesej yang viral sebelum ini, surat pekeliling bertarikh 12 Februari menyatakan pengumuman yang sepatutnya diadakan pada 2 Mac 2017 terpaksa ditunda kepada 16 Mac 2017.