Kad Kahwin… Check!
Dewan… check!
Katering… check!
Photo Booth… check!
Pelamin… check!
Baju Pengantin… check!
KLIK UNTUK BACA: SENARAI REKAAN KAD KAHWIN MODEN BERTEMAKAN FLORAL MEMPERSONA!
Doorgift??? OMG! Majlis lagi enam bulan tapi masih belum sempat sediakan ole-ole buat para tetamu yang hadir ke resepsi anda nanti? Tak boleh jadi ni.
Hmm… Apalah yang boleh dicari pada saat-saat akhir ni agaknya. Bila beg goodies dah terlalu “mainstream”, jom Wanista beri idea 10 barang menarik yang boleh dijadikan hadiah kecil buat tetamu majlis hari bahagia anda.
#1 Aneka Sabun Homemade
Asal kenduri kahwin je mesti tuan rumah bagi bahulu lah, kerepek lah, air mineral lah, semuanya makanan. Bukan nak merungut tapi semua tu dah selalu sangat dapat. Ada orang yang boleh terima dan ada juga orang yang akan rasa bosan. Jadi apa kata bagi sabun?
Bukanlah suruh anda beli sabun mahal-mahal di supermakerket tu…. Boleh cuba dapatkan sabun dari pembekal berhemah seperti di sini [mycutepupu.blogspot.my]. Lagipun, lebih senang dan murah dibeli secara borong atau pukal dari pembekal utama. Agak-agak jika sabun buku biasa tu bersaiz besar, anda boleh belah lagi kepada dua ke tiga bahagian.
Nak buat sabun sendiri di rumah? Tonton video tutorial oleh Hermosa Malaysia
Nak kreatif boleh balut dengan kertas pembalut cantik mahupun diikat dengan tali atau diletakkan dalam kotak istimewa sebagai tanda ingatan buat para tetamu. Ha… kan best!
***Pssttt! Sabun-sabun ni kalau nak dijadikan hantaran pun boleh juga jika dihias cantik atas dulang.
#2 Makanan ‘Throwback’
Kalau ye pun nak bagi makanan, cuba bagi makanan yang boleh menggamit memori sikit. Setakat bahulu tu takut orang dah tak lalu nak makan, akhirnya orang akan biarkan berkulat kat dapur. Kan membazir tu?
Ni antara makanan ‘throwback’ yang boleh diberi, mesti tetamu teringat zaman muda-muda mereka dahulu…
Biskut Icing Warna-Warni
Boleh bekalkan biskut icing ini di dalam balang-balang comel! Sesuai sebagai doorgift jenis kudapan.
Air Berperisa Long Chan
Siapa yang tak suka air botol dari jenama Long Chan ni? NOSTALGIA habis! Kat Melaka banyak…
Maruku Ikan
Tak nak cakap banyak sebab rasanya snek Muruku Ikan Popo ni memang kegemaran satu Malaysia!
#3 Tradisi Nusantara
Orang lama-lama biasanya suka sangat jika menerima hadiah berbentuk perhiasan. tak perlu perhiasan yang besar, yang kecil-kecil pun sudah memadai.
Seperti ibu penulis sendiri pun, dia gemar mengumpul perhiasan yang diterima daripada majlis-majlis kenduri perkahwinan seperti bakul, barang perhiasan kaca, gubahan bunga dan sebagainya. Ini kerana bagi sesetengah individu barang perhiasan adalah item yang boleh dikumpul sebagai koleksi peribadi yang mempunyai nilai tersendiri.
Tepak Sirih Mini
Cantik juga tepak sirih mini yang diperbuat dari tanah liat ni!
Buku Nota Batik
Boleh tahan cantik, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan dan bukan untuk disimpan sebagai hiasan semata-mata.
Bakul Siah Berisi Dodol
Molek sebagai ole-ole berkonsepkan tradisi. Bakul siah Baba dan Nyonya mini sebegini banyak di jual di Melaka.
Pouch & Bakul Mengkuang
Cantik sebagai bekas untuk mengisi manisan. Bakul mengkuang sebegini mudah didapati di pasar-pasar kraf sekitar Terengganu.
#4 Barang Kecantikan & Aksesori
Barang kecantikan memang sesuai sangat dijadikan doorgift buat tetamu-tetamu wanita. Siapa yang dapat mesti gembira sakan! Mungkin anda boleh manfaatkan beberapa idea seperti di bawah.
Set Cermin & Sikat Poket
Nampak mewah, mungkin ia boleh dibeli dalam kuantiti yang sikit khas untuk tetamu-tetamu VIP sahaja.
Jaring Buih Mandi (Loofah)
Span mandi ini boleh gantikan sapu tangan yang sudah lazim diberikan kepada tetamu. Boleh beli di sini [ezbuy.my]
Cangkuk Meja Untuk Gantung Beg Tangan
Set Mani & Pedi
#5 Keperluan Solat
Sebagai muslimin dan muslimat, ada baiknya kita memberi barang-barang demi berbuat kebaikan. Jika ia berterusan digunakan untuk tujuan beribadah pastinya si pemberi itu tadi akan turut mendapat manfaat dan pahala. Apa lagi yang boleh diberi selain tasbih dan yassin?
Sejadah Mini
Menarik! Sesuai untuk kaum lelaki dan wanita, sejadah mini ini boleh dilipat mahupun digulung sebelum dililit dengan riben hiasan.
Wangian Attar
Boleh diletakkan dalam kotak berhias sebagai pemberian teristimewa buat tetamu yang hadir memeriahkan resepsi.
#6 Honey In A Jar
Buat masa ni penulis belum pernah dapat madu daripada mana-mana kenduri kahwin lagi. Setakat kicap dan air kotak tu pernah lah… Hmm, mungkin anda boleh mula viral kan idea jadikan madu sebagai doorgift untuk perkahwina 2017 ni! Selain madu, kaya dan jem pun boleh jadi juga.
KLIK UNTUK BACA: INI DIA 10 MANFAAT MINUM MADU SETIAP HARI!
#7 Inspirasi Hindustan
Budaya perkahwinan orang Melayu dan India sedikit sebanyak ada persamaannya. Ini kerana nenek moyang kita juga terdedah dengan warisan orang-orang hindu pada zaman dahulu kala. Bagi memeriahkan majlis resepsi, cuba terapkan sedikit elemen ala hindustan, pasti lebih gah!
Bingkai Gambar
Siapa yang obses dengan filem-filem hindustan pasti sering perasan bahawa rumah-rumah agam yang didiami keluarga berada selalunya akan dihiasai banyak bingkai gambar. Untuk itu, hadiahkan bingkai gambar berangkai emas ini untuk tetamu.
Bekas Lilin
Dari asyik letak coklat dalam bekas cantik sebegini, apa kata letak lilin pula.
Gelang Tangan
Sempurna untuk majlis persandingan yang berkonsepkan Bollywood!
Lilin Berhias
Jika tadi lilin diletakkan di dalam bekas, ia juga boleh dihias seperti ini. Mewah berkelas umpama keabadian cinta Shah Jahan kepada Mumtaz.
Alas Gelas Beraroma
Alas gelas atau coaster memang sesuai dijadikan hadiah, tetapi yang ini unik sedikit kerana ia mempunyai bau.
#8 Balang Kristal Berhias
Nampak bersahaja cantik! Jika tak mahu isi apa-apa di dalamnya pun tak mengapa asalkan ia dihias sedikit pada bahagian penutupnya sebelum dimasukkan dalam beg jernih. Siap sebagai doorgift! Balang kristal sebegini boleh dibeli dari Nilai 3 di kedai-kedai yang menjual barang hantaran perkahwinan.
#9 Kotak Kayu & Uncang Teh
Asyik bagi cawan atau gelas kosong sebagai doorgift kan? Apa kata kali ni tambah dengan uncang teh sekali. Barulah berguna doorgift anda tu.
Cara lainnya, boleh letak uncang teh dalam kotak kayu kecil kalau tak mahu beri gelas atau cawan.