Sungguh sadis sekali melihat keadaan terkini Stadium Olimpik Rio selepas 6 bulan meninggalkan Olimpik.
Bayangkan banyak stadium dan tempat kini hanya tinggak kenangan. Hampir setiap lokasi kini tidak diselenggara dan langsung tidak digunakan untuk apa-apa acara sukan.
Paling terkesan adalah Stadium Maracana yang menjadi lokasi untuk acara bola sepak kini dibiarkan sahaja rumput mati dan fasiliti yang ada juga ditutup untuk orang awam. Dari 78 ribu kerusi yang ada, lebih 10% daripada telah rosak manakala tingkap dipecahkan serta pelbagai lagi keadaan yang agak menyedihkan berlaku. Melihat pada gambar sahaja, jelas menunjukkan stadium tersebut kini seperti bangunan terbengkalai.
Bahkan Rio 2016 menyaksikan banyak rekod buruk berlaku walaupun Olimpik belum bermula, termasuk wabak virus Zika, laporan dopping atlet Rusia serta pemecatan Presiden Dilma Rousseff kerana rasuah serta pelbagai lagi.
Menerusi tinjauan oleh AAP memberitahu keadaan menjadi lebih teruk kerana kegawatan ekonomi yang berlaku di Rio.
Untuk lebih jelas, lihat keadaan terkini di Rio.