Shopee yang merupakan salah satu peneraju dalam bidang perniagaan atas talian kini ingin memberi kejutan buat para pelanggan yang dikasihi.
Buat sleuruh warga Malaysia, bermula dari 21 hingga 28 Februari ini selama lapan hari berturut-turut, pengguna dan para pelanggan berpeluang untuk menikmati potongan harga berganda untuk pelbagai item elektronik terutamanya telefon pintar bersempena Kempen Mobile Madness.
Apa yang membezakan Shopee dengan platform jualan atas talian yang lain adalah Shopee tidak mengenakan sebarang caj komisyen mahupun caj penghantaran sama ada bagi si peniaga mahupun pembeli. Hebat bukan? Ini caranya Shopee mengekalkan harga barangan terendah.
Jangan ketinggalan untuk sertai “8 Days of Mobile Madness” anjuran Shopee yang bakal membuka pengalaman untuk anda memiliki telefon pintar baru dan lebih hebat yang boleh dibeli pada harga serendah RM150 setiap satu!
Sila lawat laman web Shopee sepanjang 21 hingga 28 Februari ini untuk nikmati promosi berlainan setiap hari.
Bukan itu sahaja, pengguna boleh sertai satu lagi peraduan istimewa untuk merebut telefon pintar model Huawei P9 apabila merakam dan emmuat naik foto skrin telefon mereka yang pecah di akaun Instagram dan Facebook peribadi. Manakala artis terkemuka tanah air seperti Anzalna Nasir, Kamal Adli, Faiz dickie dan Ucop juga adalah antara individu yang bakal memeriahkan kempen Mobile Madness Shopee! Teruskan berhubung dan mendapat maklum balas terkini berkenaan kempen dari selebriti kesayangan anda itu.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [shopee.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Shopee Malaysia di [www.facebook.com/ShopeeMY]