Fesyen

Dockers Perkenal Koleksi ‘Clean Khaki’ Yang BARU

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Dockers Perkenal Koleksi ‘Clean Khaki’ Yang BARU

Pada awal tahun 1990an, Dockers® memperkenalkan “Casual Friday” dan menggantikan pakaian tempat kerja daripada pemakaian sut yang formal ke pakaian kasual, dengan pilihan seluar khaki jenamanya.

Foto – Arkib Wanista

Dengan hubungannya yang begitu lama dengan Seluar Khaki semenjak tiga dekad yang lalu, bermula dengan seluar berlipat, pada tahun ini, Dockers mencipta semula konsep ‘tempat kerja’. Seringi dengan musim bunga yang akan datang, Dockers® melancarkan sebuah konsep baru bagi seluar bisnes yang kasual untuk dipakai ke tempat kerja yang dikenali sebagai “The New Way To Work”, dengan memberi tumpuan pada koleksi seluar ‘Clean Khaki’ yang baru – yang dihasilkan untuk memberi keselesaan dan fleksibiliti untuk sepanjang hari.

Koleksi ‘Clean Khaki’ pilihan seluar kerja kegemaran kaum lelaki. Foto – Arkib Wanista

Seluar ‘Clean Khaki’ boleh didapati dalam tiga pilihan bentuk iaitu Slim, Slim Tapered, dan Extra Slim, dengan tiga ciri-ciri utama yang unik seperti:

  • Seluar moden yang bergaya dengan jahitan yang minimal di bahagian atas untuk memberi kemasan yang rapi.
  • All Motion Comfort Waistband dan Stretch for Performance untuk memberi keselesaan sepanjang hari.
  • Teknologi ‘bebas kedutan’ yang memastikan penampilan segak sepanjang hari.
Foto – Arkib Wanista

Koleksi seluar ‘Clean Khaki’ dihasilkan untuk dipadankan dengan mana-mana baju berbutang dan kasut kulit kegemaran kaum lelaki, menjadikan pemilihan pemakaian baju lebih mudah daripada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Dengan teknologi baru dan kemudahan moden dalam penghasilannya, koleksi ini pastinya akan menjadi pilihan kegemaran setiap ahli perniagaan dalam memilih seluar kerja jenis smart casual.

Koleksi seluar ‘Clean Khaki’ boleh didapati di seluruh Malaysia bermula daripada 15 Februari 2017.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *