Gossip Tempatan, Hiburan

Panas! Tweet Sharnaaz Ahmad Perli Buku Baru Fattah Amin?

Izzah Azizah
/
Obses dengan benda cantik + kucing
Panas! Tweet Sharnaaz Ahmad Perli Buku Baru Fattah Amin?

Seperti biasa, jika ada sahaja yang tidak kena atau rasa kurang puas hati pasti pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkannya di laman akaun twitter miliknya. 

Ternyata keluaran buku berjudul  99 Kata-Kata Fattah Amin ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati pelakon tersebut. 

Tapi kenapa? 

Beliau dalam satu status di laman sosial mempersoalkan sejauh mana pencapaian Fattah hingga boleh menganggap dirinya mempunyai bakat untuk menulis buku.

Sharnaaz dipercayai berang dengan penerbitan buku itu kerana kandungannya ada menyentuh tentang beliau.

Sebelum ini, Fattah, 27, memberitahu antara kata-kata istimewa yang dikongsi dalam bukunya itu berkaitan lakonannya pernah dikritik sebagai kayu oleh seseorang.

Buku berkenaan boleh di dapati MPH Book Store seluruh negara dengan harga RM58 senaskah di semenanjung dan RM65 di Sabah dan Sarawak.

Sharnaaz seterusnya mempersoalkan berapa tinggi nilai sastera dalam diri Fattah serta berapa banyak anugerah pernah diterimanya seperti A.Samad Said dan Zahiril Adzim.

Walaupun tweet Sharnaaz tidak menyebut mana-mana buku atau selebriti, namun kebanyakan pengikut twitter tersebut tahu disebalik maksud ‘perli’ tweet tersebut dimaksudkan. 

SUMBER

Komen Anda