Cole Haan, jenama gaya hidup Amerika Syarikat dan peruncit yang ikonik, dengan bangganya mengumumkan pelancaran koleksi ZERØGRAND Stitchlite™, sebuah transformasi yang bergaya daripada sepatu kulit tradisional Wingtip Oxford. Mempunyai reka bentuk dengan gaya tenunan yang tersendiri, koleksi kasut ini memberikan peningkatan dramatik pada keringanan dan pengedaran udara melalui seni pembuatannya.
“ZERØGRAND Stitchlite™ adalah inovasi elegan yang terbaru daripada jenama ini sementara kami meneruskan usaha untuk mengemas kini konsep dan mentakrif semula definisi pakaian kasut,” kata Jack Boys, Ketua Pegawai Eksekutif di Cole Haan.
Cole Haan secara teliti telah menghasilkan koleksi ZERØGRAND Stitchlite™ untuk kaum lelaki dan wanita sebagai satu tahap baru pembangunan yang inovatif pada sepatu wingtips; versatil, ringan dan juga elegan. Kasut lelaki ZERØGRAND Stitchlite™ Wingtip Oxford dilancarkan tepat pada masanya di musim bunga, dengan pelbagai pilihan warna yang terang seperti kelabu dan biru laut. Dengan lambang warisan sejarah yang tersendiri daripada jenama Cole Haan, butiran pada kulit kasut yang halus menemani gaya-gaya terkini kaum lelaki. Bagi wanita pula, pilihan kasut boleh didapati dalam warna kelabu dengan campuran warna buah pic tropikal dan biru laut dengan campuran putih optik.
Koleksi ZERØGRAND Stitchlite™ boleh didapati bermula daripada 15 Februari 2017 di kedai-kedai Cole Haan yang terletak di:
- Pavilion KL Shopping Mall, Lot 5.01.08 Level 5
- The Gardens Mall, Lot F-229 First Floor