Jovian RTW sekali lagi menambat hati setiap wanita dengan pelbagai pilihan Bridal Wear yang baru, tetapi kali ini ia adalah sebuah koleksi yang mampu milik yang dipanggil sebagai Jovian White..
Membuat mimpi menjadi kenyataan, pakaian pengantin ini dihasilkan dengan sempurna melalui sentuhan Couture di dalam cara yang konvensional dan memberi peluang untuk setiap wanita berkahwin dengan sempurna walaupun dalam Ready-To-Wear.
Sentuhan warna putih dan warna lembut seperti merah jambu terdapat pada koleksi ini dan ia adalah inspirasi daripada bunga-bunga sakura di mana bunga ini mekar dengan suburnya seperti seorang bakal ratu sehari. Digambarkan mengikut ukiran bentuk badan dan rekaan yang menakjubkan, ia juga memberikan gaya moden dan klasik terhadap bakal pengantin.
Fabrik yang digunakan ialah dari kualiti yang terbaik dan mengikuti keselesaan orang ramai. Pilihan kain yang digunakan ialah crepe, Italian chiffon, French lace dan tulle. Koleksi ini menampilkan 10 rekaan dari gabungan mermaid dress, A-line skirt, peplum dress dan long gowns.
Koleksi ini boleh didapati secara pre-order di butik JStore Bangsar, Shah Alam dan di www.jovian.com.my/shop dari 9 Februari 2017 dengan beberapa helaian yang terhad bermula dari RM399 – RM599 untuk veil dan RM699 – RM1499 untuk dress.