Hello hello! Ada ke yang mengidam nak makan makanan manis petang-petang macam ni… Al makumlah, tekak orang Melayu, bila tiba masa mengopi mesti gatal tekak nak telan kuih-muih sekali.
Elok bercakap soal kuih-muih ni, teringat pula penulis pada rasa goreng pisang yang disalut dengan tepung rangup, lagi enak bila taburan keju dan coklat di atas goreng pisang panas itu tadi serta merta cair… Ya ampun, rasanya mesti sedap bukan kepalang!
DAH TERLIUR DAH NI… mesti anda pun turut sama terliur macam penulis kan? Jom sama-sama kita intai kat mana ada jual ‘Pisang Goreng Cheese’ paling mengancam.
#1 Pisang Goreng Cheese Dilla Kepala Batas, Pulau Pinang
Meskipun ini adalah gerai yang menjual Pisang Goreng Cheese, jangan pandang rendah, sebab ia bagaikan syurga buat si peminat keju!
Selain Pisang Goreng Cheese ada juga Jagung Cheese dan Keria Gula Melaka Cheese! Wahhh fusion betul ni…
Selain hidangan yang berasaskan keju, ada juga makanan lain yang dijual seperti pulut mangga dan pulut durian ni.
Alamat: Jalan Haji Ahmad Badawi, Taman Haji Abdullah Fahim Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
No Telefon: 011 – 1794 9788
Waktu Operasi: –
Media Sosial: FB –[Pisang Goreng Cheese Dilla Kepala Batas]
#2 Pisang Kejuk, Dungun
Siapa yang bercuti ke Terengganu tu ringan-ringankanlah tulang untuk singgah untuk nikmati Pisang Goreng Cheese sedap di Pisang Kejuk!
Tengok ni, nak makan pun rasa sayang sebab cantik sangat, siapa yang gila pos makanan kat Instagram tu boleh datang sini! Ambil gambar dan makan sampai ‘lebam’!
Pisang Kejuk umpama jenama yang telah membawa istilah Pisang Goreng Cheese ke satu tahap yang lain. Resepinya telah diolah dan ditambah dengan pelbagai ramuan baru untuk tambah seleksi rasa yang lebih mengujakan! Cool!
Jangan segan, jangan malu… boleh cuba!
Alamat: 6G, Ground Floor, Flat Awam Padang Hiliran, 21100, Kuala Terengganu, Malaysia
No. Telefon: 012 – 959 5204
Waktu Operasi: Ahad – Khamis (12:00pm – 6:00pm) @ Flat Awam Hiliran | Isnin – Rabu (6:00pm – 11:00pm) @ Killiney Hub Gong Badak
Media Sosial: FB –[Pisang Kejuk] INSTA –[Pisang Kejuk]
#3 The Gorpis, Selangor
Ini mungkin antara Pisang Goreng Cheese yang paling Hispter!
Kenapa? Sebab topping yang dipamerkan datang dalam warna-warni!
Rujuk pos Instagram di atas ni kalau nak tahu cawanagn lain yangturut menyediakan Pisang Goreng Cheese dari The Gorpis okay?
Kalau anda adalah individu yang gemar meratah topping lebih daripada pisang goreng tu sendiri, The Gorpis adalah jawapannya. Sebab mereka ni memang tak pernah kedekut untuk menabur lebih bahan perisa seperti serbuk biskut oreo, coklat, parutan keju dll.
Alamat: Persiaran Mahogani, Kota Damansara PJU5 , 47810, Kota Damansara, Selangor ++
No. Telefon: 012 – 347 9070
Waktu Operasi: Selasa – Rabu & Sabtu -Ahad (1:00pm – 6:00opm)
Media Sosial: FB –[The Gorpis]
#4 The Pisang Cheese, Selangor & Kuala Lumpur
Boleh dikatakan The Pisang Cheese ini adalah antara gerai yang paling banyak mendapat sambutan sejak hidangan snek Pisang Goreng Cheese menjadi trending di Malaysia.
Jangan risau, jika anda tidak boleh datang sendiri ke gerai mereka untuk membeli, mereka turut menawarkan servis penghantaran ke rumah atau pejabat.
Tidak kira walau di mana anda berada, pasti The Pisang Cheese akan menunaikan hasrat anda untuk menikmati Pisang Goreng Cheese secara pintas!
Apa tunggu lagi? Cubalah kalau belum cuba!
Alamat: Kelana Jaya@Restoran Jamal | Shah Alam@Kueh, Seksyen 13 | Selayang@Ujang Corner | Bangi@Restoran Barra Seksyen 6
No. Telefon: 013 – 398 6461 / 019 – 280 8438
Waktu Operasi: –
Media Sosial: FB –[The Pisang Cheese SJ] | INSTA –[The Pisang Cheese]
#5 Pisang Goreng Nor (Banana Paradise), Wangsa Maju
Yang ni paling classy ala-ala kampung punya stail tau!
Peniagaan ini adalah milik sebuah keluarga yang sudah pun beroperasi lebih 17 tahun namun baru sahaja memulakan jualan Pisang Goreng Cheese sejak 2014 lalu.
Hidangan utama yang ditawarkan di sini adalah fokus kepada pisang yang diambil dari Gua Musang, Kelantan. Jauh okay…
Apa yang menarik, gerai ini hanya menggunakan dua jensi pisang iaitu Pisang Abu dan Pisang Nangka. Kualiti makanan semuanya dijaga dan dipantau rapi untuk mengekalkan rasa keaslian pisang goreng yang enak dan pastinya mengundang rasa si pelanggan untuk membeli lagi lain kali!
Selain pisang goreng cheese ala kampung, gerai ini turut menjual all time fav hidang minum petang orang Melayu seperti Keledek Goreng, Cekodok Pisang, Keropok Lekor dan banyak lagi. Kalau teringin boleh serbu ramai-ramai ya?
Alamat: Jalan 3/27A, Wangsa Maju, 53300, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
No. Telefon: 011 – 1124 0115
Waktu Operasi: Setiap Hari (2:00pm – 6:30pm)
Media Sosial: –
#6 Pisang Cheese Jakarta, Shah Alam
Lain daripada yang lain, Pisang Goreng Cheese yang disediakan istimewa oleh jenama Pisang Cheese Jakarta ini adalah dari segi tekstur dan cara hiasan taburan. Tepung yang menyaluti pisang adalah lebih halus dan rangup. Tidak bergerutu seperti pisang goreng biasa.
Tapi ikutlah, ada orang lebih gemar makan pisang goreng yang banyak ‘habuk’ tapi bagi pendapat penulis, penulis lebih gemar tekstur pisang goreng yang begini kerana tidak begitu berminyak… lambat menjadi muak, jadi bolehlah makan banyak-banyak hingga puas! 🙂
Macam-macam perisa ada, tapi apa yang paling menarik perhatian penulis adalah JENG JENG JENG! Rasa manis buah mandarin yang digabung dengan masin-masin berlemak dari keju cair. Hmm, macam sedap tapi promosi ini mungkin hanya untuk sementara waktu bersempena tahun Baru Cina yang lepas.
Eh, asyik makan Pisang Goreng Cheese macam muak je pula kan? Jadi apa kata cuba Pisang Penyet yang didampingi kuah cicahan sambal yang digelar Sambal Ibu Juju. Yum, mesti berganda-ganda kesedapannya! Terbaikkkkk
Alamat: Seksyen 7, Shah Alam | Seksyen 23, Shah Alam | Seksyen 9, Bangi
No. Telefon: 013 – 411 0335
Waktu Operasi: Setiap Hari (4:30pm – 12:30am)
Media Sosial: FB –[Pisang Cheese Jakarta] | Insta –[pcjakarta]
#7 Pasal Pisang
Amboi… kemain mewah topping Pisang Goreng tu. Rasa nak ‘ngap’ sekarang juga.
https://www.instagram.com/p/BH_gllLDyMu/?taken-by=pasalpisang
Agak-agak kalau tak mahu makan masa minum petang, boleh bungkus untuk dijadikan snek “supper” sambil menonton K-drama kegemaran! Barulah lagi best menghabiskan sisa-sisa malam di rumah… 😛
https://www.instagram.com/p/BD-bVyVn7vH/
Ya tuhan… sumpah kecur air liur penulis sekarang ni.
https://www.instagram.com/p/-sPzKMn7hC/?taken-by=pasalpisang
Alamat: The Food Bank, 25G, PJU 5/20e, The Strand Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya
No. Telefon: 019 – 300 7783
Waktu Operasi: Setiap Hari (5:00pm – 12:00am)
Media Sosial: FB –[Pasal Pisang] | Insta –[Pasal Pisang]
Amacam, rasa tercabar tak nafsu bila tengok seleksi Pisang Goreng Cheese pilihan Wanista ni? Pergi cari tau sebelum kempunan 😛
Selamat menjamu selera!