Berikutan kejayaan KitKat Chocolatory Kuala Lumpur yang dilancarkan tahun lepas, itu adalah satu-satunya kedai konsep KitKat yang ada di Asia Tenggara. Kini Nestlé Malaysia tampil memperkenalkan dua lagi variasi perisa KitKat premium baharu iaitu Hazelnut & Cookies & Double Chocolate.
Rangakain KitKat baharu ini adalah istimewa berbanding coklat KitKat biasa kerana ia ditawarkan dalam bentuk 8 bar serta ditambah kenikmatan dengan 2 lagi lapisan wafer rangup malah coklat berkrim yang pastinya memberi keenakan berganda buat si penggemar coklat!
Dalam masa yang sama, bersempena sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini pengunjung dan pengguna boleh mengambil kesempatan yang ada untuk mengunjungi kedai konsep KitKat Chocolatory sementara yang akan dibuka di hadapan ruang legar pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur dari 8 hingga 14 Februari ini bagi mendapatkan servis bingkisan yang istimewa.
https://www.instagram.com/p/BQPFsf5BxBA/?taken-by=wanistadotcom
Terdapat banyak produk KitKat akan dijual di situ serta servis sentuhan peribadi di mana pengguna yang membeli coklat KitKat di situ bisa menghias kertas pembalut coklat dengan menambah seleksi sentuhan peribadi unik yang ditawarkan di mana coklat itu kemudiannya boleh dijadikan hadiah buat yang tersayang.
KitKat bar baharu boleh didapati di semua kedai runcit dan pasaraya terpilih, termasuklah di kedai konsep KitKat Chocolatory dari Januari hingga Mac ini pada harga promosi hanya RM6.90 setiap satu.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.kitkat.com.my]. Have a break, Have a KitKat!