Fesyen

Yeezy Boost 350 V2 Kini Lengkap Untuk Anda Dan Si Kecil

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Yeezy Boost 350 V2 Kini Lengkap Untuk Anda Dan Si Kecil

Setelah diperkenalkan YEEZY BOOST 350 V2  pada 2016 lalu, adidas + KANYE WEST kembali 2017 ini dengan model baru berwarna hitan dan merah. Pelancaran global pada 11 Februari ini khas untuk saiz golongan dewasa dan kanak-kanak buat pertama kalinya. 

IKLAN
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Ciri-ciri YEEZY BOOST 350 V2 kali ini menampilkan Primeknit warna hitam kontra dengan tulisan berwarna merah ‘SPLY-350’ dijahit tengah secara berasingan dan YEEZY BOOST 350 V2 ditambah tab tumit. 

Pada kasut dewasa, getah semi-lut dan TPU sidewalls dicipta bagi memberi efek tarikan dan ia juga mempunyai teknologi BOOST ™ inovatif adidas untuk kesan tahan lama, tahan kejutan dan responsif sulung. 

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Bagi saiz kanak-kanak pula disediakan getah responsif dan BOOST™ midsole memberi kesan tarikan unggul dan keselesaan. 

YEEZY BOOST 350 V2 dijual dengan harga RM990, manakala YEEZY BOOST 350 V2 (kanak-kanak) pada harga RM590 (eksklusif hanya di shop.adidas.com.my) dan akan berada di butik adidas pada 11 Februari 2017. 

Pembelian BOOST Yeezy 350 V2 dilakukan secara undian Raffle. Tag Raffle akan disediakan di Tingkat 8, Pavilion Elite pada 8 Februari 2017, Rabu, jam 15:00-22:00. Adidas Originals Yeezy BOOST 350 V2 Live Raffle bermula pada 11 Februari 2017, Sabtu di Tingkat 9, Pavilion Elite. Raffle akan berakhir apabila adidas Originals Yeezy BOOST 350 V2 terakhir dijual.