Alangkah bahagianya kalau segala di dunia ini bahagia, jauh dari segala kesempitan kewangan, melihat penderitaan orang lain, berkongsi kemewahan dan tiada peperangan berebut kuasa.
Tapi wujudkah sebuah tempat yang dikatakan bahagia?
Menurut kajian dari InterNations, terdapat sub-indeks menunjukkan beberapa buah negara menjadi pilihan 143,000 orang untuk bermaustatin kerana memberi kehidupan yang memuaskan dan mempunyai kemudahan yang selesa.
Terdapat 17 negara yang disenaraikan sebagai ‘Negara Top Bahagia’. Biarpun anda tidak dapat tinggal di 17 negara ini, cukuplah untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan seterusnya.
#17 – Portugal : Negara yang disenaraikan sebagai 5 destinasi impian dunia.
#16 – Oman : Penduduk di Oman dijamin keselamatan sebanyak 57%, kestabilan politik 46% dan ketenangan 62%. Memang tak peliklah kalau tinggal disini hidup bahagia.
#15 – Kenya : Negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, kos sara hidup yang rendah dan peluang kerja yang semakin tinggi.
#14 – Peru : Pilihan kebanyakan para peniaga untuk menetap disini kerana kos sara hidup yang rendah dan cuaca yang baik.
#13 – Hungary : Salah satu negara berpendapatan tinggi dan kos sara hidup yang rendah! Cemburunya ~
#12 – Uganda : Terletak di utara benua Afrika, negara ini mempunyai kestabilan dan kemakmuran yang menarik perhatian para pelabur dalam ekonomi mereka.
#11 – Taiwan : Penduduk Taiwan bertuah mempunyai akses pendidikan dan kesihatan yang bagus dari kerajaan.
#10 – Sepanyol : Kos rumah, pengangkutan, makan dan minum lebih rendah berbanding negara Eropah yang lain. Bersama prospek kerja yang luas, gaji yang berpatutan menjadikan penduduk Sepanyol antara yang bahagia.
#9 – Panama : Negara yang mempunyai cuaca yang cerah sepanjang masa dan gaji disana amat berpatutan dengan peluang kerja yang luas.
#8 – Vietnam : Terdapat banyak pusat pelancongan yang mengilhamkan pelbagai pemandangan dari sebuah desa sehinggalah bandar. Terkenal kos hidup yang rendah kebanyakan dari warga Barat.
#7 – Thailand : Juga destinasi pilihan warga Barat kerana kos sara hidup yang rendah, mempunyai pelbagai tempat dan aktiviti menarik.
#6 – New Zealand : Dari kemudahan pendidikan, kesihatan dan ketenangan negara itu sendiri menjadikan rakyatnya tergolong dalam warga dunia yang paling bahagia.
#5 – Ecuador : Walaupun indeks kualiti hidup negara pada nombor 16, namun antara negara yang dapat memberi kebahagiaan pada penduduknya kerana kos sara hidup yang rendah.
#4 – Filipina : Penduduk di Filipina sangat mesra terhadap kanak-kanak dan juga antara negara kos sara hidup yang rendah.
#3 – Mexico : Nombor satu dalam memudahkan urusan pemastautin dan sikap ramah rakyatnya mewarnai kehidupan.
#2 – Malta : Antara pilihan destinasi warga Eropah kerana kecantikan negara itu sendiri. Pertuturan bahasa inggeris yang bagus dan kos sara hidup yang rendah juga antara sebabnya. Kajian menunjukkan negara ini mempunyai 70% hidup berpasangan berbanding purata global hanya 63% menjadikan negara ini bahagia.
#1 – Costa Rica : Top 5 sebagai pilihan destinasi impian pelancongan dunia. Kajian menunjukkan hampir kesemua lapisan masyarakat gembira. Terdiri daripada 19% usahawan atau peniaga, 20% pekerja sambilan manakala pesara hampir 14%
Bila agaknya Malaysia nak disenaraikan sebagai negara bahagia?