Philips Lighting, peneraju global industri pembuatan lampu mengumumkan pelancaran rasmi e-stor yang khas berada di Lazada Malaysia, gedung membeli-belah dalam talian nombor satu di negara ini yang menerima lebih 25 juta kunjungan sebulan.
Kerjasama ini menawarkan satu saluran sebra baharu untuk memberi perkhidmatan lebih bai kepada golongan pembeli secara dalam talian yang kian meningkat dengan menawarkan rangkaian lampu yang komprehensif untuk kegunaan dalam dan luar bangunan.
Selaku peneraju dalam pasaran lampu yang terhubung, Philips Lighting sentiasa mahu berada di hadapan dan menerusi kerjasama ini pengguna boleh mengakses dan membeli rangkaian penuh produk Philips Lighting di hujung jari. Selain itu, pengguna dijanjikan dengan pengalaman pembelian yang boleh dipercayai melalui penghantaran pantas ke rumah oleh pihak Lazada Malaysia.
Sempena pelancaran e-stor khas itu, Philips Lighting turut menganjurkan Hari Rakan-Rakan Kongsi untuk lebih 140 pengedar seluruh negara. Juga menawarkan satu siri promosi yang menarik buat pelanggan Lazada Malaysia dengan diskaun sehingga 66% pada setiap pembelian produk Philips Lighting secara dalam talian di Lazada Malaysia, sah sehingga stok masih ada.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan melihat sendiri pelbagai produk Philips Lighting, layari laman web www.lazada.com.my/philips-lighting-official-store.