Pernah atau tidak anda terfikir kenapa sikat rambut mempunyai pelbagai jenis bentuk dan berus? Bukankah kegunaannya sama sahaja untuk menyisir rambut.
Kalau anda berfikir sebegitu, maka silaplah, rupanya variasi sikat dicipta untuk mengikut kesesuaian dan pelbagai masalah rambut. Sikat rambut pun boleh memperbaiki masalah rambut sekaligus menyihatkan rambut! Jika anda tertanya-tanya sikat rambut yang mana okay untuk anda, ikuti artikel ini untuk info lanjut:-
#1 Semua Jenis Rambut : Sikat Dari Bulu Haiwan (Semulajadi)
Sikat yang diperbuat dari bulu haiwan atau sumber semulajadi membantu melancarkan sebum melalui helaian rambut. Hasilnya, rambut menjadi lembut dan berkilat.
#2 Rambut Normal – Tebal : Sikat Dari Berus Campuran
Gunakan sikat yang berusnya dari jenis nilon atau campuran nilon dan bulu haiwan. Berus dari nilon mampu meluruskan setiap helaian rambut, manakala berus dari bulu haiwan merapikan minyak semulajadi rambut diseluruh kawasan rambut.
#3 Rambut Lurus : Sikat ‘Paddle Brush’
Sikat seperti ini mempunyai permukaan kusyen berus getah lembut yang akan bengkok apabila bersentuhan dengan kulit kepala ianya untuk mengelakkan dari kecederaan kulit semasa memberus. Bahagian berus yang luas dan jarang juga mampu meliputi setiap penjuru dan dapat membaiki hujung rambut yang kusut.
#4 Rambut Kerinting : Sikat Berus Kayu (Wooden-Bristle)
Kebiasaanya orang yang berambut kerinting menjadi cerewet apabila memilih sikat, takut dari kerinting menjadi kusut. Jangan risau atasi masalah tersebut dengan memilih sikat dari berus kayu. Dipercayai berus dari kayu melembutkan rambut dan mengekalkan bentuk kerinting rambut anda. Selain itu, ia juga boleh memperbaiki rambut kering dan rapuh.
#5 Rambut Kasar dan Tebal : Sikat Berus Nilon
Rambut tebal dan kasar kadangkala boleh merosakkan sikat. Jadi apa yang anda perlu ialah sikat yang mempunyai berus nilon keras dan kuat untuk memberi kawalan.
#6 Rambut Halus, Nipis atau Rosak : Sikat Dari Bulu Haiwan (Semulajadi) Lembut
Pilih sikat berus lembut seperti dari bulu haiwan bagi membantu helaian rambut kekal lurus. Ia juga merangsang aliran darah kulit kepala ke folikel rambut menghasilkan rambut yang sihat dan cantik.
#7 Rambut Kusut, Kering atau Basah : Sikat ‘Wet Brush’
Sama seperti sikat #3, mempunyai berus lembut dari nilon untuk merapikan helaian rambut yang kusut akibat basah. Sebegitu pun, sikat ini tidak sesuai untuk dandanan ia hanya sesuai untuk merapikan rambut kusut.
BONUS!
#8 Rambut Pendek – Panjang : Sikat Good Hair Day
Satu jenama sikat yang bakal menjengah di Sephora Malaysia iaitu Good Hair Everyday (ghd) memperkenalkan berus dari seramik yang mengekalkan haba bagi mempercepatkan proses pengeringan rambut. Ianya sesuai untuk anda yang berambut pendek malah si rambut panjang boleh menggunakannya. Konsep berus dari seramik ini mengelakkan kerosakan rambut akibat proses pengeringan yang berpanjangan.
Kebanyakan rambut menjadi rosak berpunca dari dua sebab iaitu proses pengeringan melampau dan juga membiarkan rambut basah tanpa mengeringkannya. Jadi sikat dari ghd ini penyelesaian utama anda untuk mengeringkan rambut secara semulajadi.
Apa yang perlu anda lakukannya hanya halakan sedikit atau secara perlahan udara pengering rambut, kemudian sisirkan rambut secara kebawah. Proses pengeringan amat cepat dan selamat!
Nantikan pelbagai koleksi penjagaan rambut dari GHD di Sephora Malaysia sempena Sephora Spring 2017. Maklumat lanjut anda boleh layari http://www.sephora.my/ atau http://www.ghdhair.com/.
Jadi kenal pasti masalah rambut anda dan segera ke butik Sephora Malaysia untuk dapatkan pelbagai variasi sikat yang sesuai!