Info Menarik, Kesihatan

Amalkan! Ini Kebaikan Bertangas Agar Kekal Sihat Awet Muda

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Amalkan! Ini Kebaikan Bertangas Agar Kekal Sihat Awet Muda

Amalan bertangas adalah amalan yang telah diamalkan sejak beratus tahun dahulu. Ia lazimnya dilakukan oleh wanita selepas bersalin selain bertungku untuk mengecutkan kembali bengkak-bengkak yang disebabkan proses bersalin sekaligus merawat bahagian intim wanita. 

Bertangas Bukan Untuk Orang Lepas Bersalin Sahaja

Namun, ramai yang tidak tahu, umumnya rawatan bertangas ini juga boleh dilakukan oleh wanita-wanita biasa yang masih dara, terutamanya sebaik selepas haid… tidak terhad kepada mereka yang sudah melahirkan anak sahaja. 

Wanita selepas bersalin digalak melakukan tangas untuk pulihkan kembali bahagian dalam tubuh yang luka selepas bersalin, kecutkan rahim serta mengetatkan kembali faraj. Sumber; Google Images
Wanita selepas bersalin digalak melakukan tangas untuk pulihkan kembali bahagian dalam tubuh yang luka selepas bersalin, kecutkan rahim serta mengetatkan kembali faraj. Gambar hiasan: Google Images

Untuk makluman semua bertangas ni juga diamalkan di negara-negara lain contohnya di Amerika yang lebih dikenali sebagai ‘Vagina Steam’ dan juga di Korea dikenali sebagai rawatan ‘Chai Yok’. Meskipun gelarannya berbeza, namun fungsinya tetap sama malah bahan dan ramuan yang dimanfaatkan seperti rempah ratus dan herbanya adalah lebih kurang seperti yang digunakan untuk bertangas, bergantung kepada jenis serta tujuan rawatan yang ditawarkan.

Ramuan Bertangas

Gambaran herba yang digunakan untuk proses bertangas. Sumber: blogspot/huwainas
Gambaran herba daun dan kayu-kayuan yang digunakan untuk proses bertangas. Sumber: blogspot/huwainas

Antara gabungan ramuan yang direbus untuk menghasilkan asap berkhasiat dan beraroma adalah seperti serai wangi, halia, asam gelugur, manjakani, daun sireh, daun inai, daun lemuni, akar lalang, ibu kunyit, garam bukit, jintan hitam, halba, lengkuas, bunga-bungaan, dedaun herba dan banyak lagi.

Tonton Pengalaman Wanita Barat Menjalani Rawatan Bertangas / Vagina Steam

Namun, bagi masyarakat masa kini terutamanya wanita yang kebanyakannya sibuk berkerjaya, amalan bertangas ini telah semakin dilupakan. Lebih mengerikan apabila ada golongan ibu muda yang berpantang tidak sampai dua minggu sudah yakin untuk berlegar-legar di pusat membeli-belah tanpa menghiraukan keadaan dalaman tubuh mereka.

Tonton Tutorial Bertangas Sendiri Di Rumah Oleh Pengasas Sendayu Tinggi Puan Rozita Ibrahim

Jenis-Jenis Rawatan Bertangas

Terdapat dua cara bertangas iaitu TANGAS KERING dan TANGAS BASAH.

Bertangas kering atau lebih mudah dipanggil bertangas herba itu hanya menggunakan batu sungai sebagai keperluan utama tangasnya yang kemudian dipanaskan seterusnya diletakkan di atas bahan atau ramuan herba semula jadi terpilih.

Tambahan, kaedah ini dilakukan selepas hari ke-30 berpantang (selepas darah nifas kering) selama 10 hari berturut-turut hingga hari ke-40.

Gambar hiasan. Sumber: Google Images
Gambar hiasan. Sumber: Google Images

Jika selepas haid, ia boleh dilakukan selepas haid kering selama tiga hingga tujuh hari berturut-turut.

Manakala bertangas basah pula secara spesifiknya dilakukan selepas hari ke-40 selepas bersalin hingga hari ke-100 di mana herba dan ramuan terpilih akan direbus di atas api.

Cara Bertangas

Ia boleh dilakukan sama ada di atas bangku kayu berjaring, di atas bangku plastik yang mempunyai permukaan berlubang mahupun di atas kotak kayu bertangas yang boleh dibeli di kedai keperluan selepas bersalin tradisional.

Jika tidak pun, individu juga boleh lakukan tangas sambil berdiri dengan cara mengangkang sedikit di atas periuk herba yang berasap.

Bangku kayu khas untuk tangas. Sumber: terraayu.com
Bangku kayu khas untuk tangas. Sumber: terraayu.com
Sumber: blogspot/bertangasdanmandiwap
Kotak kayu khas yang dicipta untuk bertangas. Sumber: blogspot/bertangasdanmandiwap
Sumber: bengkungmoden.com
Cara menggunakan bangku plastik sebegini juga boleh diaplikasikan untuk proses bertangas di rumah. Sumber: bengkungmoden.com

Tanggalkan pakaian bawahan terutama seluar dalam sebelum bertangas. Cuba berselubung agar asap herba dapat diserap secara menyeluruh oleh tubuh untuk hasil lebih berkesan. 

Sumber: bengkungmoden.com
Sumber: bengkungmoden.com

Kebaikan Bertangas

Bertangas yang selalunya dilakukan dalam tempoh 20 hingga 30 minit itu sebenarnya akan berfungsi seperti sauna. Asap yang dihasilkan air didihan herba itu bertindak mengeluarkan peluh menyebabkan toksin keluar daripada tubuh.

Bagi mereka yang lakukan kaedah bertangas selepas darah nifas kering atau selepas berpantang pula, ternyata ia mampu membantu proses penyembuhan serta mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj.

1. Mengurangkan masalah bau pada bahagian intim.

2. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental.

3. Mengeluarkan sisa darah haid.

4. Mengencangkan otot vagina.

5. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak.

6. Mewangikan badan.

7. Mengurangkan masalah senggugut.

8. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.

9. Melembabkan kulit sekitar kawasan faraj yang mungkin kering dan gatal selepas haid.

Ingat, kita yang perempuan ni perlu jaga badan sedari muda. Bukan asyik bersolek untuk nampak cantik di luar tapi dalamannya dibiarkan ‘berkarat’ tidak berjaga.

Amalan bertangas adalah amalan tradisi yang dicipta untuk semua peringkat umur dari anak gadis hinggalah kepada wanita berumur. Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3 & 4

BACA  Normal Ke Kalau Kerap Sangat Mimpi Basah?
Leave a Reply
Your email address will not be published. *