Selepas mencipta kontroversi kantoi lip sync di konsert tahun baru terkini diva hebat ini bertindak membakar gaun pengantin yang mencecah RM1 juta dalam muzik video terbaharunya. Dah kenapa?
Dilaporkan, Mariah benar-benar sudah melupakan bekas tunangnya yang juga hartawan Australia iaitu James Packer sehingga bertindak membakar gaun pengantin yang sepatutnya digayakan pada hari bahagianya bersama James dalam muzik video terbaharunya berjudul I Don’t.
Gaun pengantin rekaan Valentino itu berharga AS$250,000 (RM1 juta) dan babak penyanyi itu membakar gaun berkenaan adalah sebagai mesej jelas kepada lelaki berkenaan.
Lebih dramatik, Mariah merakamkan muzik video berkenaan di rumah mewah yang dikongsi bersama James di Calabasas, California.
Pasangan berkenaan berpisah pada September tahun lalu selepas setahun menjalinkan hubungan cinta. Dalam pada itu, lagu terbaharunya yang turut menampilkan penyanyi rap YG berkisarkan tentang hubungannya dengan James dan berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain yang turut mengalami situasi sama.
“Selepas selesai konsert jelajah saya mengambil masa untuk memproses apa sebenarnya perasaan saya dan menerusi penulisan lirik saya dapat meluahkan apa yang terbuku dihati.
“Jika anda tidak dapat cinta yang diperlukan daripada seseorang yang menjalinkan hubungan dengan anda, jadi kenapa perlu terus berada dalam situasi tersebut,” katanya.
Penyanyi itu kini sedang menjalinkan hubungan dengan penari latarnya, Bryan Tanaka, 34 tahun.
Tonton Muzik Video Mariah Carey bertajuk I Don’t.