Bersempena bulan perayaan Tahun Baru Cina ini, pasti anda semua tidak menang tangan dalam menyiapkan hidangan untuk keluarga dan tetamu.
Sudah tentu stok ramuan penyediaan tidak ketinggalan dengan menggunakan mentega dari SCS Salted Butter. Tahukah anda SCS Salted Butter sudah berada dipasaran selama 111 tahun. Versatil dalam memberi kesedapan pada sajian pastri dan kek untuk setiap penggunanya.
Bagi menambah lagi keharmonian dan kemeriahan Tahun Baru Cina, SCS menyediakan 4 resepi rahsia menggunakan SCS Salted Butter. Jadi tunggu apa lagi, sediakan pen dan buku nota anda sekarang.
1) Treasure Cookies
Doh:-
100g SCS Salted Butter (Mentega), lembutkan
50g gula aising, diayak
15g kuning telur
1/2 sudu teh serbuk penaik
170g tepung biasa
Royal Icing:-
55g telur putih
160g gula aising, diayak
Cara-cara membuat:-
- Untuk membuat royal aising, pukul telur putih hingga kembang. Tambahkan gula aising sehingga adunan menjadi kembang dan pekat (medium peak). Simpan royal icing semalaman didalam peti asi, tutup dengan wrap plastic.
- Satukan mentega dan gula aising sehingga lembut.
- Tambah telur kuning sedikit demi sedikit.
- Ayak tepung dan serbuk penaik bersama, campurkan dalam campuran mentega tadi.
- Uli doh mengikut ketebalan 3mm dan potong mengikut acuan atau pemotong bercorak.
- Bakar pada 170 darjah celcius didalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 12-15 minit. Sejukkan dahulu biskut sebelum dihias.
- Campurkan royal icing dengan warna makanan pilihan. Hias biskut anda dengan royal icing berwarna.
2) Lucky Tangerine
Doh:-
75g SCS Salted Butter (Mentega), lembutkan
50g gula kastor
10g kuning telur
130g tepung biasa
1/4 sudu teh garam
30g kacang almond
15g hirisan kacang almond
1 sudu besar SCS Salted Butter (Mentega)
Cara-cara membuat:-
- Adunkan mentega dan gula kastor sehingga lembut.
- Tambahkan kuning telur sedikit demi sedikit.
- Ayak tepung, garam dan kacang almond kemudian campurkan dalam adunan mentega tadi.
- Bahagikan setiap doh pada 40g bersama 1 sudu besar SCS Salted Butter (Mentega) dan 1/8 pewarna makanan hijau. Letakkan didalam bag piping.
- Imbangi campuran doh bersama 1/4 sudu besar pewarna makanan oren. Ambil 7g doh, bentukkan bulat dan letakkan hirisan almond dibahagian atas.
- Bakar pada suhu 160 darjah celcius, selama 25-30 minit.
3) Pot Of Gold Miniature Tarts
Doh Pastri:-
65g SCS Salted Butter (Mentega), lembutkan
25g gula kastor
15g kuning telur
120g tepung biasa
1/4 sudu teh garam
Cara-cara membuat:-
- Adunkan mentega dan gula kastor sehingga lembut.
- Tambahkan kuning telur sedikit demi sedikit.
- Ayak tepung dan garam kemudian campurkan dalam adunan mentega tadi. Rehatkan doh selama 30 minit didalam chiller.
- Bahagikan doh kepada 10g dan tekan sehingga 3.5g didalam acuan tart. Nipiskan bahagian tertentu dan buang lebihan.
- Bakar pada suhu 150 darja celcius selama 15 minit.
- Tanggalkan pastri dari acuan tart dan susun pada dulang pembakar.
Bahagian Isi:-
15g kekacang dari almond, macadamia, pecan dan kuaci. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.
Karamel:-
15g SCS Salted Butter (Mentega)
15g gula kastor
4 g madu
5 g krim
5 g glukos
2 g tepung biasa, diayak
Cara-cara membuat:-
- Campurkan kesemua bahan sebagai satu adunan dan didihkan sebaiknya. Masukkan juga bahagian isi didalam karamel. Ambil 1 sudu teh untuk diisi didalam pastri.
- Bakar didalam ketuhar suhu 170 darjah celcius selama 15-18 minit.
4) Precious Pistachio Rollover Biscuits
Doh:-
120g SCS Salted Butter (Mentega), lembutkan
90g gula aising
180g tepung biasa
15g kuning telur, dipukul
1/4 sudu teh garam
1 telur putih
120g kacang pistachio dihancurkan
Cara-cara membuat:-
- Satukan mentega dan gula aising sehingga lembut.
- Tambah telur kuning sedikit demi sedikit.
- Ayak tepung dan serbuk penaik bersama, campurkan dalam campuran mentega tadi.
- Uli doh kepada dua bahagian, 1 bahagian berdiameter 3cm dan 30cm. Sejukkan didalam peti ais selama 30minit.
- Potong bahagian doh tersebut kepada dua bahagian kemudian sapukan bahagian doh dengan telur putih.
- Gelekkan doh tersebut diatas taburan kacang pistachio. Potong doh kepada bahagian nipis 8cm dan letakkan di dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 160 darjah celcius sehingga 15 minit.
Selamat Mencuba!