Rasanya peminat fanatik yang berharap untuk bertemu dengan Kylie Jenner bakal tercapai kerana bintang realiti 19 tahun ini akan menyertai berisan bintang di muzium lilin Madame Tussauds.
Kylie akan mengikuti jejak langkah Kim Kardashian, Kendall Jenner dan Kanye West, yang kesemuanya mempunyai ‘kembar’ patung lilin mereka sendiri di Madame Tussauds.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri Kylie di laman Snapchat. Malah, Kylie merakamkan perasaan terujanya ketika sesi pengukuran berlaku.
“You guys, we’re here doing the first measurements” – tulisnya di Snapchat.
Difahamkan, proses patung lilin itu akan mengambil masa setengah tahun untuk disiapkan.
https://www.instagram.com/p/BP_oxU6FhOA/?taken-by=kylizzlesnapchats
https://www.instagram.com/p/BP_pYcjlxe2/?taken-by=kylizzlesnapchats
https://www.instagram.com/p/BQAHV1vFhv_/?taken-by=kylizzlesnapchats
Jadi, selepas ini anda yang memang ‘gila’ minat pada Kylie, bolehlah selfie dengan patung lilin.